Switch to English

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR PERBANKAN INTERNET PERIBADI DAN PERKHIDMATAN MUDAH ALIH UOB

Tafsiran

Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

“Akaun” bermakna mana-mana akaun anda yang dibuka atau dikekalkan dengan kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada akaun simpanan/simpanan-i, semasa/semasa asas-i, simpanan tetap/simpanan tetap-i, kad kredit, pinjaman/pembiayaan atau akaun lain sedemikian yang boleh diakses melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih yang mungkin ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.

 “Pemegang Akaun”, atau “anda” atau “kamu” bermakna seorang pemegang akaun untuk Akaun, sama ada secara bersendirian atau bersama, yang mana berkenaan dan termasuk wakil peribadi masing-masing mereka.

“ATM” bermakna mesin juruwang automatik

“Pihak Ketiga yang Dibenarkan” bermakna mana-mana entiti, syarikat, perbadanan atau institusi yang boleh menawarkan produk, perkhidmatan, kandungan atau maklumat di laman web rasmi kami dari semasa ke semasa.

“Hari Perniagaan” bermakna mana-mana hari di mana bank dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur.

“Pusat Hubungan” bermakna Pusat Hubungan UOB dan butirannya dinyatakan dalam Klausa 41 di bawah.

“Kad Kredit” bermakna kad kredit yang mungkin dikeluarkan oleh kami kepada anda dari semasa ke semasa.

“Kad Debit” bermakna kad debit yang mungkin dikeluarkan oleh kami kepada anda dari semasa ke semasa.

“ID DuitNow” bermakna pengenalan unik anda atau penerima yang telah didaftarkan dengan NAD melalui PayNet dan ia dikaitkan dengan akaun yang dikekalkan dengan kami atau mana-mana bank lain.

“Perkhidmatan DuitNow” bermakna perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda dari semasa ke semasa yang membolehkan anda memulakan dan menerima pemindahan kredit menerusi nombor akaun penerima atau ID DuitNow melalui Perbankan Internet Peribadi dan /atau Perkhidmatan Mudah Alih.

“Perkhidmatan DuitNow QR” atau “Perkhidmatan DuitNow QR” bermaksud  perkhidmatan yang ditawarkan oleh PayNet yang memudahkan pembayaran di mana-mana industri atau pemindahan kredit secara menyeluruh dengan mengimbas kod QR yang mematuhi Standard DuitNow QR.

“Perkhidmatan DuitNow Request” bermaksud perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda untuk mengirim permintaan pembayaran digital untuk mengumpulkan dana dari pembayar menggunakan nombor telefon bimbit pembayar, nombor MyKad / pasport, nombor Tentera / polis, Nombor Pendaftaran Perniagaan atau nombor Akaun Bank.

“Perkhidmatan DuitNow AutoDebit” bermaksud perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda untuk membuat persetujuan sekali untuk membolehkan syarikat mengumpulkan pembayaran secara berulang melalui nombor telefon bimbit anda, nombor MyKad / pasport, Tentera Darat/nombor polis, nombor Pendaftaran Perniagaan atau nombor Akaun Bank.

“Perkhidmatan DuitNow Online Banking / Wallets” bermaksud perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda untuk membuat pembayaran masa nyata untuk pembelian dalam talian atau pembayaran bil menggunakan nombor akaun bank atau nombor kad kredit anda.

“QR Dinamik” bermaksud Kod QR yang dihasilkan selepas pedagang atau penerima memasukkan jumlah pembayaran atau pemindahan kredit.

“ePenyata” bermakna penyata elektronik yang disediakan untuk penelitian melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih berikutan pendaftaran anda untuk perkhidmatan ePenyata untuk Akaun.

“Perkhidmatan Pemakluman Elektronik” bermakna perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda dari semasa ke semasa melalui e-mel atau SMS atau UOB Access dengan memaklumkan anda mengenai jenis Transaksi tertentu yang dilaksanakan oleh anda.

“Peralatan” bermakna sebarang peralatan, peranti atau perantara elektronik, tanpa wayar, komunikasi, transmisi atau telekomunikasi yang serasi termasuk tetapi tidak terhad kepada internet, apa-apa komputer, tablet, telefon pintar, peranti, terminal atau sistem yang mungkin diperlukan untuk mengakses dan menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.

“Kumpulan” bermakna cawangan, agensi, wakil, pegawai, syarikat bersekutu atau bergabung kami dan pegawai, kaki tangan atau agen masing-masing mereka sama ada di Malaysia atau di tempat lain.

“Arahan” bermakna apa-apa arahan yang diberi oleh anda kepada kami melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dengan menggunakan kod Laluan.

“Perkhidmatan JomPAY” bermakna perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda dari semasa ke semasa yang membolehkan anda melaksanakan pembayaran bil kepada mana-mana pihak ketiga seperti yang ditentukan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.

“Proses Undang-undang” mungkin merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, sebarang proses pemula termasuk writ saman dan saman pemula serta apa-apa bentuk proses pemula, rayuan, permohonan interlokutori, afidavit, perintah, penghakiman, notis dan apa-apa dokumen lain yang perlu diserahkan di bawah sebarang undang-undang bertulis dan notis sedemikian di bawah Akta Insolvensi 1967.
 
“Had” bermakna jumlah harian maksimum yang dibenarkan untuk anda melaksanakan transaksi daripada Akaun dengan menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih atau jumlah baki dalam Akaun, yang mana lebih rendah.

“Perisian Hasad” bermaksud semua bentuk perisian yang mengganggu penggunaan UOB TMRW App dalam apa jua cara atau mengganggu penggunaan komputer, termasuk virus, serangan siber, e-mel pancingan data, perisian pengintip, cecacing, perisian logik, bom, Trojan horses atau komponen berbahaya lain yang serupa.

“Perkhidmatan Mudah Alih” bermakna perkhidmatan perbankan mudah alih yang kami sediakan untuk anda dari semasa ke semasa (seperti UOB TMRW App) yang membolehkan anda, dengan menggunakan sebarang Peralatan (seperti telefon pintar atau tablet) untuk mengakses Akaun anda, melaksanakan sebarang Transaksi secara elektronik dan/atau menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh kami kepada anda termasuk tetapi tidak terhad kepada ciri-ciri yang disediakan melalui UOB TMRW App seperti “UOB Insights”, “UOB Rewards+”, “UOB Pay””, “Bank” dan “UOB Access.

“NAD” bermakna pusat penyimpanan alamat yang ditubuhkan oleh Pengendali NAD yang menghubungkan akaun bank kepada ID DuitNow penerima dan memudahkan pembayaran yang dilakukan kepada penerima dengan merujuk kepada ID DuitNow penerima.

“Pengendali NAD” bermaksud PayNet.

“Pembekal Perkhidmatan Rangkaian” bermakna sebarang pembekal perkhidmatan internet atau pembekal perkhidmatan dalam talian komersial yang menyediakan hubungan internet ke jaringan sejagat (world wide web).

“Perkhidmatan Permohonan Dalam Talian” bermakna perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda dari semasa ke semasa yang membolehkan anda untuk memohon pembukaan akaun dengan kami melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perbankan Mudah Alih.

“OTP” bermakna kata laluan sekali yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan dengan kami atau kata laluan sekali yang dijana pada UOB Access.

“Kod laluan” bermakna kata laluan atau kod yang digunakan untuk mengesahkan identiti anda atau membenarkan suatu Transaksi.  Kod Laluan termasuk ID Pengguna anda, ID Pengguna Sementara, kata laluan, nombor pengenalan peribadi, perkataan rahsia, frasa, maklumat biometrik termasuk tetapi tidak terhad kepada cap jari dan OTP serta termasuk sebarang kod laluan lain yang kami mungkin keluarkan kepada anda dari semasa ke semasa.

“Perkhidmatan Pembayaran Bil” bermakna perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda dari semasa ke semasa yang membolehkan anda melaksanakan pembayaran bil yang termasuk tetapi tidak terhad kepada pembayaran mana-mana kad kredit yang tertunggak atau jumlah pinjaman yang perlu dibayar kepada kami di bawah mana-mana Akaun anda atau akaun individu lain bersama kami serta bil-bil tertunggak kepada Syarikat Penerima melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.

“Syarikat Penerima Pembayaran” bermakna syarikat atau perbadanan yang mempunyai perjanjian terlebih dahulu dengan kami di mana anda dibenarkan untuk melaksanakan pembayaran sebarang bil yang dikeluarkan oleh syarikat atau perbadanan ini melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.

“Data Peribadi” bermakna sebarang maklumat yang berhubung secara langsung atau tidak langsung kepada seorang individu, di mana untuk tujuan Terma dan Syarat mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat, pekerjaan, butiran perhubungan, maklumat yang diperoleh daripada sistem keselamatan (termasuk rakaman imej anda di Televisyen Litar Tertutup (Closed Circuit Television atau CCTV), maklumat yang terkandung dalam Akaun yang dipegang oleh anda sama ada secara persendirian atau bersama dengan mana-mana individu lain, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang anda telah melanggan dengan kami (termasuk Perkhidmatan Peribadi Internet, Perkhidmatan Mudah Alih dan perkhidmatan ePenyata), apa-apa Transaksi dan apa-apa data lain sedemikian yang diperlukan mengenai diri anda dan transaksi anda dengan kami.

“Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi” bermakna perkhidmatan perbankan internet peribadi yang kami sediakan kepada anda dari semasa ke semasa yang membolehkan anda, dengan menggunakan apa-apa Peralatan, untuk mengakses Akaun anda, melakukan permohonan dalam talian melalui Perkhidmatan Permohonan Dalam Talian dan/atau melaksanakan apa-apa Transaksi secara elektronik termasuk tetapi tidak terhad kepada Perkhidmatan Pembayaran Bil, Perkhidmatan JomPAY dan Perkhidmatan Pembayaran Berjadual.

“Kod QR” bermaksud kod bar dua dimensi yang boleh dibaca menggunakan kamera telefon pintar atau peranti mudah alih yang dilengkapi dengan pembaca QR.

“Sekatan” bermakna sekatan, embargo atau langkah-langkah ketat yang ditadbir, digubal atau dikuatkuasakan oleh mana-mana kerajaan, institusi kerajaan atau agensi, pengawal selia atau penguat kuasa.

“Perkhidmatan Pembayaran Berjadual” bermakna perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda dari semasa ke semasa yang membolehkan anda melakukan pembayaran berjadual dan/atau pemindahan dana pada dasar berulang pada tempoh berkala sedemikian yang anda mungkin pilih (“Bayaran Berjadual”) melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih daripada mana-mana Akaun anda ke mana-mana akaun lain yang dikendalikan oleh kami atau mana-mana bank atau institusi kewangan lain (sama ada akaun tersebut adalah dalam nama anda atau mana-mana pihak ketiga) atau kepada mana-mana Syarikat Penerima, seperti yang ditentukan oleh kami dalam budi bicara tunggal dan mutlak kami.

“SMS” bermakna Perkhidmatan Pesanan Ringkas

“QR Statik” suatu Kod QR yang dipaparkan yang memerlukan individu untuk memasukkan jumlah pembayaran atau pemindahan kredit.

“ID Pengguna Sementara” bermakna sistem penjanaan nama pengguna yang mesti dimasukkan untuk membolehkan sistem komputer kami untuk mengenal pasti anda dan Akaun anda untuk tujuan log masuk pertama kali sahaja.

Subjek Data Pihak Ketiga" bermakna Data Peribadi seseorang yang anda berikan kepada kami dan mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada individu yang menerima mandat anda, waris, tanggungan, penjamin individu dan penyedia keselamatan.

“Transaksi” bermakna semua transaksi yang dilaksanakan oleh anda dengan menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.

“Program UOB Balance Conversion” bermaksud perkhidmatan yang kami tawarkan kepada Ahli Kad UOB untuk menukar baki penyata Akaun Kad Kredit mereka yang belum melepasi Tarikh Akhir Pembayaran kepada pelan ansuran bulanan tetap yang mengunna faedah dan fi lain. Ini bermakna Ahli Kad membayar balik jumlah baki penyata tertunggak yang dipilih oleh mereka untuk menukar dan faedah yang berkaitan dengannya dalam beberapa ansuran bulan tetap.

“Pelan Easi-Payment UOB” merujuk kepada program yang kami tawarkan kepada Ahli Kad UOB untuk menukar transaksi-transaksi runcit untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan yang menggunakan Kad Kredit kepada pelan ansuran bulanan tetap. Ini bermakna Ahli Kad membayar balik jumlah transaksi tersebut dalam beberapa bilangan ansuran bulanan tetap.

“UOB TMRW App” merujuk kepada aplikasi mudah alih yang dimiliki oleh kami di mana anda boleh muat turun dari App Store,Google Play atau Huawei AppGallery dengan menggunakan telefon pintar atau tablet anda. UOB TMRW App membolehkan anda mengakses ciri-ciri seperti “UOB Insights”,“UOB Rewards+”, “UOB Pay”, “Bank” dan “UOB Access”.“UOB Insights” menganalisasikan perbelanjaan lalu anda dan memberikan tinjauan yang paling relevan yang mudah untuk difahami. Ciri “UOB Rewards+” membolehkan anda mengakses pilihan penebusan seperti barangan, baucar, air miles, yuran tahunan, Cukai Jualan & Perkhidmatan, tawaran promosi untuk menjamu selera, membeli-belah atau perjalanan, kupon menarik dan juga fleksibiliti menebus UNIRinggit anda untuk mengimbangi pembelian anda melalui Pay with UNIRinggit. Ciri “UOB Pay” membolehkan pemegang akaun yang mempunyai kad kredit atau debit yang dikeluarkan oleh kami untuk mewujudkan e-wallet maya dengan menggunakan telefon pintar atau tablet untuk transaksi pembayaran tanpa sentuhan di tempat pedagang-pedagang yang mengambil bahagian tanpa perlu meleretkan kad kredit atau debit yang benar. Ciri “Bank” membolehkan anda mengakses Akaun anda, melakukan permohonan dalam talian melalui Perkhidmatan Permohonan Dalam Talian dan melaksanakan Transaksi dengan menggunakan Perkhidmatan Pembayaran Bil, Perkhidmatan JomPAY dan Perkhidmatan Pembayaran Berjadual. Ciri-ciri "UOB Access" membolehkan anda melancarkan token keselamatan digital yang menggantikan dan juga bertindak sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk OTP.

“UOB Access” merujuk kepada token keselamatan digital yang merupakan ciri dalam UOB TMRW App yang membolehkan anda mengesahkan dan/atau membenarkan transaksi dilaksanakan melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perbankan Mudah Alih. Ciri ini juga membolehkan anda menerima Pemberitahuan Keselamatan Elektronik.

“UOBM”, “kami” atau “kita” bermakna United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [199301017069 (271809-K)] dan termasuk semua pengganti hak milik dan penerima serah hak.

“ID Pengguna” bermakna nama pengguna yang dipilih atau diwujudkan oleh anda yang mengandungi huruf-huruf abjad angka (alphanumeric) yang mesti dimasukkan untuk membolehkan sistem komputer kami untuk mengenal pasti anda dan Akaun anda.

1. Terma dan Syarat
1.1 Terma dan syarat (“Terma dan Syarat”) ini mentadbir Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dan adalah penting bahawa anda membaca dan memahami Terma dan Syarat ini sebelum mengguna dan mengakses Perbankan Internet Peribadi dan Perkhidmatan Mudah Alih.  Jika anda mengguna dan mengakses Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, anda dianggap telah membaca, memahami dan menerima Terma dan Syarat ini.
1.2 Terma dan Syarat ini akan dibaca bersama dengan:
a. terma dan syarat masing-masing yang mentadbir Akaun, yang boleh didapati di laman web kami di www.uob.com.my atau di mana-mana cawangan kami;
b. terma dan syarat yang mentadbir laman web rasmi kami (sila akses dan baca yang sama di sini); dan
c. terma dan syarat Sign in by Touch UOB (sila akses dan baca yang sama di sini.

Terma dan syarat dirujuk dalam Klausa 1.2(a), (b) dan (c) di atas akan dirujuk sebagai “Terma Lain”.

1.3 Jika terdapat percanggahan atau ketidaksejajaran antara Terma dan Syarat ini dan Terma Lain, Terma dan Syarat ini akan dikekalkan untuk hal berhubung Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.
1.4 Rujukan kepada-
a. bilangan tunggal termasuk majmuk, dan sebaliknya;
b. jantina maskulin juga termasuk jantina feminin dan neuter, dan sebaliknya;
c. seseorang adalah termasuk peguam, wasi dan pentadbir individu dan Terma dan Syarat ini akan mengikat individu-individu tersebut; dan
d. "termasuk" atau "sebagai contoh" atau perkataan lain yang sama apabila memperkenalkan satu contoh tidak mengehadkan maksud perkataan bagi contoh-contoh tersebut.
2. Kelayakan
2.1 Anda mesti merupakan seorang Pemegang Akaun berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas sebelum anda memohon untuk Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.

3. Permohonan untuk Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih

3.1 Jika anda mempunyai Akaun, anda boleh memohon untuk Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih:-
a. melalui mana-mana ATM kami jika anda mempunyai Kad Debit atau Kad Kredit.  Selepas permohonan anda diluluskan oleh kami, anda akan diperlukan untuk  memilih kod Laluan di ATM dan anda akan diberi satu ID Pengguna Sementara yang dijana oleh sistem.  Anda akan diperlukan untuk menggunakan kod Laluan anda dan ID Pengguna Sementara untuk log masuk pertama kali anda; atau
b. melalui cawangan kami, dengan melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan yang lengkap.  Selepas permohonan anda diluluskan oleh kami, anda akan diperlukan untuk memilih kod Laluan anda dan kami akan menyediakan kepada anda ID Pengguna Sementara yang dijana oleh sistem.  Anda akan diperlukan untuk menggunakan kod Laluan dan ID Pengguna Sementara untuk log masuk pertama kali anda.
3.2 Selepas permohonan anda diluluskan oleh kami untuk Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi atau Perkhidmatan Mudah Alih, anda akan diberi akses kepada kedua-dua perkhidmatan.
3.3 Kami boleh menolak sebarang permohonan untuk Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih tanpa memberi apa-apa sebab, namun anda akan diberikantahu jika permohonan ditolak.
3.4 Anda akan dapat melihat semua Akaun yang layak melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih seperti yang ditentukan oleh kami atas budi bicara tunggal kami dari semasa ke semasa.

4. Pemegang Akaun Bersama

4.1 Selepas menerima permohonan dari mana-mana Pemegang Akaun bersama untuk Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, kami akan mengeluarkan satu kod Laluan.  Kod Laluan yang diberikan kepada salah satu daripada Pemegang Akaun bersama hanya boleh digunakan oleh Pemegang Akaun tersebut.
Mandat Akaun Bersama - Salah Satu Perlu Menandatangani
4.2 Untuk Akaun bersama dengan mandat “salah satu perlu menandatangani” semua Pemegang Akaun untuk Akaun bersama.  meneliti transaksi lampau dan melaksanakan apa-apa Transaksi melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.
4.3 Kami akan berhak untuk melaksanakan apa-apa Arahan daripada mana-mana Pemegang Akaun dan setiap Pemegang Akaun akan bertanggungjawab secara bersama dan berasingan untuk semua Transaksi yang dilaksanakan pada Akaun bersama melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.
Mandat Akaun Bersama Dua atau Lebih Individu Perlu Menandatangani
4.4 Untuk Akaun bersama yang memerlukan mandat lebih daripada satu individu untuk memberi arahan dan/atau mengendalikan Akaun, setiap Pemegang Akaun akan hanya berupaya meneliti transaksi lampau Akaun bersama melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.  Pemegang Akaun tidak akan dapat melaksanakan apa-apa Transaksi pada Akaun bersama melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.

5. Log masuk Pertama Kali dengan ID Pengguna Sementara dan kod Laluan

5.1 Apabila anda log masuk ke dalam Perbankan Internet Peribadi atau Perkhidmatan Mudah Alih buat kali pertama dengan menggunakan ID Pengguna Sementara yang dikeluarkan oleh kami kepada anda dan kod Laluan yang diwujudkan oleh anda di ATM atau mana-mana cawangan kami, anda akan diperlukan untuk mewujudkan ID Pengguna baru, perkataan rahsia dan kata laluan.
5.2 Apabila anda menerima pengesahan pada skrin daripada kami untuk mewujudkan ID Pengguna baru anda, perkataan rahsia dan kata laluan, anda akan diberi akses kepada Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.
5.3 Untuk akses selanjutnya ke Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, anda akan perlu memasukkan ID Pengguna baru anda, mengesahkan perkataan rahsia anda dan kemudiannya masukkan kata laluan anda..
5.4 Jika anda gagal memasukkan maklumat yang betul, anda akan tidak dapat mengakses Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.

6. Peralatan, Terminal Komputer dan Akses Rangkaian

6.1 Kami mungkin, dari semasa ke semasa, menetapkan spesifikasi minimum Peralatan yang diperlukan untuk anda menggunakan dan mengakses Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih tetapi tidak diwajibkan untuk menyokong semua versi Peralatan. Kami tidak bertanggungjawab atas ketidakupayaan anda untuk mengakses Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih disebabkan oleh sebarang kekurangan dalam Peralatan anda
6.2 Dengan memasang dan menggunakan UOB TMRW App, anda bersetuju bahawa apabila diperlukan, kami boleh mengakses ciri tertentu Peralatan anda untuk UOB TMRW App memasang dan mengendalikan UOB TMRW App dalam Peralatan anda. Ini termasuk kenalan, perkhidmatan lokasi, notifikasi, foto atau media.
6.3 Kami hanya akan mengakses ciri peranti yang diperlukan untuk memasang dan mengendalikan UOB TMRW App dalam Peralatan anda
6.4 Kami boleh, dari semasa ke semasa, mengemas kini UOB TMRW App dan menukar Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih melalui UOB TMRW App. Kemas kini dan perubahan akan meningkatkan prestasi, meningkatkan kefungsian, mencerminkan perubahan pada sistem pengendalian atau menangani isu keselamatan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemas kini UOB TMRW App apabila kemas kini ini tersedia
6.5 Anda bertanggungjawab sepenuhnya:
a. untuk memastikan Peralatan, terminal komputer dan perisian serta perkakasan berkaitan memenuhi keperluan minimum yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa; dan
b. Untuk pemasangan, penyelenggaraan dan keselamatan terminal komputer, perisian berkaitan (termasuk perisian pelayar internet) dan perkakasan yang digunakan untuk mengakses Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih; dan
c. untuk memastikan Peralatan anda bebas daripada Perisian Hasad dan bahawa Peralatan anda tidak membawa kepada sebarang gangguan atau gangguan dengan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.
6.6 Akses anda ke laman web rasmi kami dan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih melalui Penyedia Perkhidmatan Rangkaian akan tertakluk kepada terma dan syarat Penyedia Perkhidmatan Rangkaian.

7. Kod laluan dan Kerahsiaan kod Laluan

7.1 Anda akan mengambil semua langkah munasabah untuk memastikan dan mencegah sebarang penggunaan kod Laluan anda yang tidak dibenarkan atau palsu pada setiap masa dan simpan telefon bimbit anda yang menerima OTP dan ia boleh digunakan untuk melancarkan UOB Access dengan selamat apabila anda melakukan Transaksi.
7.2 Anda bersetuju bahawa kod Laluan anda adalah rahsia dan berjanji tidak akan mendedahkan atau membongkar atau dalam apa-apa cara menyebabkan kod Laluan anda terdedah atau terbongkar kepada mana-mana individu (termasuk pekerja anda) melalui panggilan telefon yang tidak diingini, e-mel atau pada mana-mana laman web selain daripada laman web rasmi kami di www.uob.com.my atau apa-apa cara lain.  Sebarang dokumen yang dihantar oleh kami kepada anda mengenai kod Laluan mesti dimusnahkan selepas anda membacanya.
7.3 Anda perlu menghafal kod Laluan anda dan memastikan bahawa tiada rekod bertulis mengenai kod Laluan anda disimpan di mana-mana tempat atau dalam apa-apa cara yang mungkin membolehkan pihak ketiga mempunyai akses ke atau menggunakan kod Laluan anda.  Anda tidak patut menggunakan kod Laluan yang biasa, seperti nombor kad pengenalan, pasport, lesen memandu, tarikh lahir atau nombor telefon anda, dan pastikan bahawa anda menukar kod Laluan anda dari semasa ke semasa.
7.4 Anda perlu memastikan bahawa anda log keluar dari Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih pada mana-mana Peralatan yang digunakan untuk mengakses Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.
7.5 Anda tidak sepatutnya merekodkan kod Laluan anda pada mana-mana perisian yang mengekalkannya secara automatik (seperti peringatan skrin komputer atau ciri ‘simpan kata laluan’ atau pelayar internet anda).  Anda juga perlu memastikan bahawa peralatan elektronik termasuk tetapi tidak terhad kepada komputer peribadi, telefon pintar, tablet, komputer buku dan komputer riba tidak menyimpan dan merekodkan kod Laluan anda secara automatik.
7.6 Anda bersetuju bahawa kegagalan untuk mematuhi keperluan ini boleh mendedahkan anda kepada pencurian atau penggunaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih yang tidak dibenarkan untuk mengakses Akaun anda, di mana anda akan bertanggungjawab untuk semua Transaksi yang dilaksanakan pada Akaun melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, sema ada atau tidak Transaksi sedemikian adalah dalam pengetahuan atau kebenaran anda.
7.7 Jika anda mengesyaki atau menyedari, bahawa melalui Perkhidmatan Pemakluman Elektronik di mana anda menerima pemakluman transaksi melalui SMS UOB Access atau e-mel, atau sebaliknya, bahawa-
a. seseorang individu tidak dibenarkan mengetahui kod Laluan anda;
b. terdapat akses yang tidak dibenarkan ke Akaun anda atau penggunaan kod Laluan anda melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih; atau
c. terdapat transaksi tidak sah yang dilaksanakan pada Akaun anda

Anda mesti menukar kod-kod Laluan sedia ada dengan segera atau meminta kod-kod Laluan yang baru, yang mana berkenaan.  Anda juga mesti, memaklumkan kami dengan segera di Pusat Hubungan kami dan mematuhi keperluan yang dinyatakan dalam Klausa 20.2 dan 20.4 dalam Terma dan Syarat.  Anda juga mesti memberi kami apa-apa maklumat berkaitan dan bantuan munasabah dalam penyiasatan perkara tersebut.

7.8 Anda akan bertanggungjawab untuk apa-apa transaksi tanpa kebenaran yang berlaku berhubung dengan kod Laluan yang dicuri atau disalahgunakan, kecuali anda telah memaklumkan kami selaras dengan Klausa 7.7 atau anda tidak melakukan penipuan.
7.9 mengira apa-apa dalam Klausa 7 ini, kami boleh menyahaktifkan atau mengambil balik penggunaan kod Laluan anda pada bila-bila masa, namun anda akan diberitahukan jika senario in berlaku.

8. Perbankan Internet Peribadi dan Perkhidmatan Mudah Alih

8.1 Rangkaian Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi dan Perkhidmatan Mudah Alih yang dinyatakan dalam laman web rasmi kami mungkin diubah oleh kami dari semasa ke semasa.
8.2 Di mana kami menyediakan perkhidmatan baru atau tambahan, penerimaan anda dalam cara yang ditentukan oleh kami dan penggunaan perkhidmatan baru atau tambahan sedemikian akan tertakluk kepada Terma dan Syarat ini dan terma dan syarat tambahan sedemikian (jika ada) seperti yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.
8.3 Kami boleh pada bila-bila masa:
a. menukar jam operasi atau tempoh Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih disediakan;
b. tetapkanatau menukar cara penggunaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih;
c. mengehadkan, membatalkan atau menggantung operasi Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih atau sebahagian daripadanya, atau
d. menggantung sementara operasi Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih untuk pengemaskinian, menaik taraf, penyelenggaraan atau kerja-kerja pembaikan. Sekiranya Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih tidak tersedia, anda bersetuju untuk menjalankan transaksi anda di mana-mana cawangan kami atau menggunakan perkhidmatan alternatif lain yang disediakan kepada anda.
8.4 Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih akan disediakan semasa waktu yang ditetapkan tetapi kami tidak boleh menjamin bahawa ia akan disediakan dan tanpa gangguan pada setiap masa.
8.5 Jika anda menerima data atau maklumat melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih yang tidak dimaksudkan untuk anda, anda mesti memaklumkan kami dengan segera melalui telefon atau e-mel (butir-butir dinyatakan dalam Klausa 41 di bawah) dan padamkan yang sama.
8.6 Berkaitan dengan ciri-ciri “UOB Insights” dan “UOB Rewards+” dalam UOB TMRW App: -
a. “UOB Insights” dan “UOB Rewards+” mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda untuk menyediakan tinjauan dan tawaran/diskaun “Lifestyle” yang khas diperibadikan kepada anda. Ini merupakan ciri khas yang penting dalam UOB TMRW App yang tidak dapat dipadamkan. Jikalau anda tidak bersetuju dengan penujuan ini, anda akan diperlukan untuk menamatkan perkhidamatan mudah alih UOBM.
b. Anda akan bertanggungjawab terhadap tinjauan yang disampaikan kepada anda. UOBM tidak mewakili atau membuat jaminan terhadap penghasilan dan produk daripada mana-mana pihak ketiga, terutamanya tidak membuat jaminan berkaitan dengan kualiti atau kesesuian produk dan perkhidmatan yang diberi oleh sebarang parti ketiga.
8.7 Perkhidmatan Kad
(a) UOB Rewards+
I. UOB Rewards+ ialah program ganjaran UOB yang ditawarkan kepada semua Ahli Kad UOB. Ia membolehkan anda melihat baki UNIRinggit semasa anda, sejarah transaksi UNIRinggit dan menjejaki penebusan UNIRinggit anda dalam UOB TMRW.
II. Anda mempunyai fleksibiliti untuk menebus UNIRinggit anda untuk mengimbangi pembelian anda melalui Pay with UNIRinggit atau menebus hadiah, keistimewaan atau faedah kegemaran anda seperti barangan, baucar, air miles, yuran tahunan, Cukai Jualan & Perkhidmatan (“Ganjaran”) dan ketahui tawaran kupon terkini dan tawaran promosi dengan mudah.
III. Di mana kami menawarkan UOB Rewards+ melalui UOB TMRW, kami mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan mengenai semua perkara, termasuk:
  1. Menentukan Ganjaran yang boleh diberikan;
  2. Menentukan kelayakan anda untuk Ganjaran;
  3. Menentukan tempoh mana-mana Ganjaran dan bila ia boleh diberikan; dan
  4. Menamatkan, mengubah suai atau menukar mana-mana aspek mana-mana Ganjaran.
Untuk terma dan syarat penuh tentang penebusan UNIRinggit, sila layari www.uob.com.my untuk Terma dan Syarat Program Ganjaran UNIRinggit UOB Malaysia.

(b) Permohonan untuk program ansuran
I. Program UOB Balance Conversion (BC)
  1. Anda boleh memohon Program UOB Balance Conversion dengan syarat amaun tersebut pada bila-bila masa tidak melebihi had kredit.
  2. Sila baca terma dan syarat yang berkaitan dengan Program UOB Balance Conversion sebelum permohonan. Selepas permohonan Program UOB Balance Conversion diluluskan, anda akan terikat dengan Terma dan Syarat Program UOB Balance Conversion yang berkenaan. Anda boleh melihat salinan terma dan syarat di sini.
  3. Permohonan akan tertakluk kepada kelulusan UOBM dan UOBM berhak untuk menentukan jumlah BC yang dibenarkan untuk ditukar.
II. Pelan Easi-Payment UOB
  1. Anda boleh memohon Pelan Easi-Payment UOB dengan syarat:
    • Jumlah pembelian minimum yang layak untuk penukaran di bawah Pelan Easi-Payment UOB ialah RM500 untuk satu transaksi runcit dan/atau jumlah minimum terkumpul sebanyak RM500 untuk maksimum 5 transaksi runcit yang belum dibilkan, dan
    • tidak boleh melebihi had kredit yang sedia untuk Akaun Kad Kredit Ahli Kad.
  2. Sila baca terma dan syarat yang berkaitan dengan Pelan Easi-Payment UOB sebelum permohonan. Selepas permohonan Pelan Easi-Payment UOB diluluskan, anda akan terikat dengan Terma dan Syarat Pelan Easi-Payment UOB yang berkenaan. Anda boleh melihat salinan terma dan syarat di sini.
  3. Kami boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan mengikut budi bicara kami yang munasabah tanpa memberikan sebarang sebab untuk keputusan tersebut.

9. Perkhidmatan Pembayaran Bil

9.1 Anda boleh menggunakan Perkhidmatan Pembayaran Bil untuk melaksanakan pembayaran kad kredit yang tertunggak atau amaun pinjaman/pembiayaan yang perlu dibayar kepada kami di bawah mana-mana Akaun anda atau akaun individu lain yang bersama kami atau bil tertunggak kepada Syarikat Penerima.
9.2 Setiap Syarikat Penerima mungkin mempunyai prosedur dan terma yang tersendiriuntuk penyelesaian bil mereka.  Anda bersetuju untuk mematuhi prosedur dan terma tersebut dan sebarang perubahan yang mungkin dilaksanakan dari semasa ke semasa.
9.3 Anda bertanggungjawab untuk menyelesaikan kad kredit yang tertunggak atau amaun pinjaman/pembiayaan yang perlu dibayar kepada kami di bawah mana-mana Akaun anda dan/atau bil tertunggak kepada Syarikat Penerima dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh kami dan/atau Syarikat Penerima.
9.4 Akaun anda akan didebitkan dengan segera setelah menerima Arahan daripada anda untuk melaksanakan pembayaran kepada kami dan/atau Syarikat Penerima melalui Perkhidmatan Pembayaran Bil.
9.5 Anda perlu memastikan bahawa anda memasukkan butiran yang betul dan lengkap serta maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan bayaran untuk kad kredit tertunggak atau amaun pinjaman/pembiayaan yang perlu dibayar kepada kami di bawah mana-mana Akaun anda atau Akaun individu lain bersama kami atau bil tertunggak Syarikat Penerima yang dipilih oleh anda dengan menggunakan Perkhidmatan Pembayaran Bil.
9.6 Melainkan disebabkan oleh kecuaian berat  atau ingkar sengaja daripada pihak kami, kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang dialami oleh anda akibat daripada:
a. sebarang kelewatan dalam pemindahan dana dari Akaun anda ke Syarikat Penerima untuk penyelesaian bil tertunggak atau kepada kami untuk pembayaran apa-apa kad kredit atau amaun pinjaman/kemudahan yang tertunggak;
b. sebarang kelewatan atau kesilapan dalam pemprosesan pembayaran bil tertunggak oleh Syarikat Penerima; atau
c. sebarang kesilapan dalam pemprosesan pembayaran untuk apa-apa kad kredit atau amaun pinjaman tertunggak yang perlu dibayar kepada kami;
9.7 Jika anda ingin berhenti menggunakan Perkhidmatan Pembayaran Bil, anda perlu menyatakan pemberhentian tersebut melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.
9.8 Kami mungkin dari semasa ke semasa dengan memberi notis terlebih dahulu meminda senarai Syarikat Penerima atau mengubah skop atau menarik balik Perkhidmatan Pembayaran Bil secara keseluruhan atau sebahagian dan kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian, ganti rugi atau perbelanjaan yang mungkin dialami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga akibat daripada tindakan sedemikian oleh kami.

10. Perkhidmatan JomPay

10.1 Anda boleh menggunakan Perkhidmatan JomPAY untuk melaksanakan pembayaran apa-apa bil tertunggak dengan mana-mana pihak ketiga seperti yang ditentukan oleh PayNet.
10.2 PayNet mungkin mempunyai prosedur dan terma masing-masing untuk penggunaan Perkhidmatan JomPay.  Anda bersetuju untuk mematuhi prosedur dan terma tersebut dan apa-apa perubahan yang mungkin dilaksanakan dari semasa ke semasa.
10.3 Anda bertanggungjawab untuk membayar bil anda sepenuhnya dalam tempoh masa yang ditetapkan.
10.4 Akaun anda akan didebitkan dengan serta-merta selepas penerimaan arahan anda untuk melaksanakan pembayaran kepada pihak ketiga melalui Perkhidmatan JomPay.
10.5 Anda harus memastikan bahawa anda memasukkan butiran yang betul dan lengkap serta maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan pembayaran kepada pihak ketiga yang dipilih oleh anda dengan menggunakan Perkhidmatan JomPAY.
10.6 Melainkan disebabkan oleh kecuaian berat atau ingkar sengaja daripada pihak kami, kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung oleh anda akibat daripada:-
a. sebarang kelewatan dalam pemindahan dana dari Akaun anda kepada penerima pihak ketiga bagi penyelesaian bil-bil tertunggak;
b. sebarang kelewatan dalam prosespembayaran bil-bil tertunggak oleh PayNet atau pihak ketiga; atau
c. apa-apa kesilapan dalam prosespembayaran bil-bil tertunggak oleh PayNet atau pihak ketiga.

10A. Perkhidmatan DuitNow

10A.1 Anda boleh menggunakan Perkhidmatan DuitNow untuk:-
a. memulakan pembayaran dengan memasuki ID DuitNow penerima; dan
b. menerima bayaran dari pihak ketiga melalui ID DuitNow anda.
10A.2 PayNet mungkin mempunyai prosedur dan syarat masing-masing untuk penggunaan Perkhidmatan DuitNow. Anda bersetuju mematuhi prosedur dan terma serta sebarang perubahan yang mungkin dilaksanakan dari semasa ke semasa.
10A.3 Akaun anda akan didebitkan dengan segera selepas menerima Arahan daripada anda untuk melaksanakan pembayaran kepada pihak ketiga melalui Perkhidmatan DuitNow.
10A.4 Anda akan memastikan bahawa anda memasukkan butiran yang betul dan lengkap termasuk ID DuitNow yang diperlukan untuk anda melaksanakan pembayaran kepada penerima pihak ketiga dengan menggunakan Perkhidmatan DuitNow.
10A.5 Melainkan disebabkan oleh kecuaian berat atau ingkar sengaja daripada pihak kami, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh anda akibat: -
a. apa-apa kelewatan dalam pemindahan dana ke dalam Akaun anda    dari mana-mana pihak ketiga;
b. apa-apa kelewatan dalam pemindahan dana dari Akaun anda ke penerima pihak ketiga; atau
c. apa-apa ralat atau kelewatan dalam pemprosesan pembayaran oleh PayNet yang berhubung dengan Perkhidmatan DuitNow.

10B. Perkhidmatan DuitNow QR

10B.1 Anda boleh menggunakan DuitNow QR untuk menghantar dana dengan mengimbas Kod QR Statik atau Kod QR Dinamik yang dipaparkan di pedagang atau di peranti mudah alih.
10B.2 PayNet mungkin mempunyai prosedur dan syarat masing-masing untuk penggunaan DuitNow QR. Anda bersetuju untuk mematuhi prosedur dan terma dan sebarang perubahan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
10B.3 Anda hendaklah memastikan bahawa jumlah transaksi yang dimasukkan atau dipaparkan pada skrin aplikasi mudah alih anda adalah betul sebelum mengesahkan transaksi.
10B.4 Melainkan disebabkan oleh kecuaian berat atau ingkar sengaja daripada pihak kami, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh anda akibat: -
a. apa-apa kelewatan dalam pemindahan dana ke dalam Akaun anda daripada mana-mana pihak ketiga;
b. sebarang kelewatan dalam pemindahan dana dari Akaun anda kepada penerima pihak ketiga; atau
c. apa-apa kesilapan atau kelewatan dalam pemprosesan pembayaran oleh PayNet berhubung dengan DuitNow QR.

10C. Perkhidmatan DuitNow Request

10C.1 Anda boleh menggunakan DuitNow Request untuk memulakan permintaan pembayaran untuk mengumpulkan dana dari pembayar pihak ketiga. Begitu juga, anda mungkin menerima permintaan pembayaran dari penerima pihak ketiga dan dana akan ditolak setelah anda luluskan.
10C.2 PayNet mungkin mempunyai prosedur dan syarat masing-masing untuk penggunaan DuitNow Request. Anda bersetuju untuk mematuhi prosedur dan syarat tersebut dan sebarang variasi yang mungkin berlaku dari semasa ke semasa.
10C.3 Anda harus memastikan bahawa anda memasukkan butir-butir yang betul dan lengkap yang diperlukan untuk melaksanakan pembayaran dengan pihak ketiga menggunakan DuitNow Request.
10C.4 Kecuali jika disebabkan oleh kelalaian atau kemungkiran yang disengajakan, kami tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh anda akibat: -
a. sebarang kelewatan dalam pemindahan dana ke dalam Akaun anda dari mana-mana pihak ketiga;
b. sebarang kelewatan dalam pemindahan dana dari Akaun anda kepada penerima pihak ketiga; atau
c. sebarang kesalahan atau kelewatan dalam memproses pembayaran oleh PayNet berhubung dengan DuitNow Request.

10D. Perkhidmatan DuitNow AutoDebit

10D.1 Anda boleh menggunakan Perkhidmatan DuitNow AutoDebit untuk membuat persetujuan sekali untuk membolehkan syarikat mengumpulkan pembayaran secara berulang melalui akaun anda.
10D.2 PayNet mungkin mempunyai prosedur dan syarat masing-masing untuk penggunaan DuitNow AutoDebit. Anda bersetuju untuk mematuhi prosedur dan syarat tersebut dan sebarang variasi yang mungkin berlaku dari semasa ke semasa.
10D.3 Anda harus memastikan bahawa anda memasukkan butir-butir yang betul dan lengkap yang diperlukan untuk melaksanakan pembayaran dengan pihak ketiga menggunakan DuitNow AutoDebit.
10D.4 Kecuali jika disebabkan oleh kelalaian atau kemungkaran yang disengajakan, kami tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh anda akibat: -
a. sebarang kelewatan dalam pemindahan dana dari Akaun anda kepada penerima pihak ketiga; atau
b. sebarang kesalahan atau kelewatan dalam memproses pembayaran oleh PayNet berhubung dengan DuitNow AutoDebit.

10E. Perkhidmatan DuitNow Online Banking/Wallets

10E.1 Anda boleh menggunakan Perkhidmatan DuitNow Online Banking / Wallets untuk membuat pembayaran masa nyata untuk pembelian dalam talian atau pembayaran bil.
10E.2 PayNet mungkin mempunyai prosedur dan syarat masing-masing untuk penggunaan DuitNow Online Banking / Wallets. Anda bersetuju untuk mematuhi prosedur dan syarat tersebut dan sebarang variasi yang mungkin berlaku dari semasa ke semasa.
10E.3 Anda harus memastikan bahawa anda memasukkan butir-butir yang betul dan lengkap yang diperlukan untuk melaksanakan pembayaran dengan pihak ketiga menggunakan DuitNow Online Banking / Wallets.
10E.4 Kecuali jika disebabkan oleh kelalaian atau kemungkaran yang disengajakan, kami tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh anda akibat: -
a. sebarang kelewatan dalam pemindahan dana dari Akaun anda kepada penerima pihak ketiga; atau
b. sebarang kesalahan atau kelewatan dalam memproses pembayaran oleh PayNet berhubung dengan DuitNow Online Banking / Wallets

11. Perkhidmatan Pembayaran Berjadual

11.1 Anda boleh menggunakan Perkhidmatan Pembayaran Berjadual untuk melakukan pembayaran yang dijadualkan dan/atau pemindahan dana secara berkala pada jarak waktu seperti yang mungkin dipilih oleh anda ("Pembayaran Berjadual") melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dari mana-mana Akaun anda ke mana-mana akaun lain yang dikendalikan oleh kami atau mana-mana bank atau institusi kewangan lain (sama ada akaun tersebut adalah dalam nama anda atau mana-mana pihak ketiga) atau kepada mana-mana Syarikat Penerima, seperti yang ditetapkan oleh kami.
11.2 Tertakluk kepada Klausa 13 di bawah, kami akan berusaha untuk memproses dan melaksanakan Pembayaran Berjadual pada tarikh Pembayaran Berjadual perlu dilaksanakan("Tarikh Pembayaran Berjadual") selepas menerima arahan anda. Anda boleh cuba untuk membatalkan dan/atau menarik balik Arahan anda untuk mana-mana Bayaran Berjadual sebelum Tarikh Pembayaran Berjadual.
11.3 Kami berhak untuk enggan melaksanakan sebarang arahan bagi mana-mana Pembayaran Berjadual pada bila-bila masa sebelum Tarikh Pembayaran Berjadual pada budi bicara kami dengan memberi notis kepada anda.  Jika kami menerima Arahan daripada anda bahawa Pembayaran Berjadual yang masih belum dilaksanakan tidak lagi diperlukan, kami berhak untuk menganggap Arahan awal anda untuk melaksanakan Pembayaran Berjadual tersebut sebagai telah dibatalkan atau ditarik balik.
11.4 Untuk menggelakkan keraguan, kami berhak untuk menjalankan atau terus menjalankan dan melaksanakan Arahan anda untuk Pembayaran Berjadual tersebut sehingga kami telah dimaklumkan dengan sewajarnya mengenai kematian atau kebankrapan anda,
11.5 Kami akan mengenakan caj untuk melaksanakan setiap Pembayaran Berjadual dan caj tersebut akan didebitkan dari Akaun anda ke atas setiap Tarikh Pembayaran Berjadual berkenaan. Caj tersebut tidak akan dikembalikan walaupun Pembayaran Berjadual telah berjaya dilaksanakan.
11.6 Sekiranya mana-mana Pembayaran Berjadual tidak dilaksanakan disebabkan oleh kekurangan dana dalam Akaun anda, anda akan bertanggungjawab untuk membuat pengaturan alternatif untuk melakukan pembayaran atau pemindahan dana sewajarnya. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang akibat yang anda mungkin alami sekiranya anda gagal dan/atau mengabaikan pelaksanaan pengaturan alternatif sedemikian.
11.7 Melainkan disebabkan oleh kecuaian berat atau ingkar sengaja daripada pihak kami, kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung oleh anda akibat daripada: -
a. apa-apa kelewatan dalam Pembayaran Berjadual;
b. apa-apa kelewatan dalam prosespembayaran oleh penerima pihak ketiga; atau
c. apa-apa kesilapan dalam prosesPembayaran Berjadual.

12. Perkhidmatan Pemakluman Elektronik

12.1 Perkhidmatan Pemakluman Elektronik merupakan perkhidmatan yang disediakan kepada anda di mana anda akan menerima maklumat mengenai Perbankan Internet Peribadi yang terpilih dan/atau Transaksi Perkhidmatan Mudah Alih yang dilaksanakan oleh anda ("Pemakluman"). Pemakluman ini akan dihantar ke e-mel, SMS atau UOB Access anda atau dalam apa-apa cara lain yang kami mungkin tentukan dari semasa ke semasa.
12.2 Untuk menerima Pemakluman tersebut, anda mesti mempunyai akses kepada internet (melalui Pembekal Perkhidmatan Rangkaian anda) atau telekomunikasi atau perkhidmatan mudah alih dari penyedia perkhidmatan berlesen berkenaan di Malaysia.
12.3 Anda mengakui dan menerima bahawa Pemakluman yang dihantar kepada anda di bawah Perkhidmatan Pemakluman Elektronik mungkin tidak disulitkan dan terdapat risiko bahawa kandungan Pemakluman (yang mungkin mengandungi maklumat berkenaan Akaun anda) yang dihantar kepada anda boleh dilihat oleh individu lain yang mungkin atau mungkin tidak dibenarkan oleh anda untuk melihat Pemakluman tersebut. Anda bersetuju bahawa anda akan mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan pendedahan yang tidak dibenarkan untuk Pemakluman tersebut dan kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara untuk sebarang pendedahan yang tidak dibenarkan untuk Pemakluman tersebut.
12.4 Anda sedia maklum bahawa peruntukan kami untuk Perkhidmatan Pemakluman Elektronik dan Pemakluman tersebut adalah bergantung kepada perkhidmatan Pembekal Perkhidmatan Rangkaian dan pembekal perkhidmatan berlesen masing-masing anda. Kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang anda mungkin alami atau tanggung berikutan daripada tiada penghantaran, kelewatan atau kesilapan dalam penghantaran Pemakluman atau ketidaktepatan dalam kandungan Pemakluman disebabkan oleh Pembekal Perkhidmatan Rangkaian dan pembekal perkhidmatan berlesen masing-masing.
12.5 Kami berhak untuk mengubah ciri-ciri dan/atau ketersediaan Perkhidmatan Pemakluman Elektronik dari semasa ke semasa pada budi bicara mutlak kami.

13. Arahan

13.1 Semua Arahan yang diberikan atau Transaksi yang dilaksanakan melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dengan menggunakan kod Laluan anda adalah muktamad dan mengikat anda.
13.2 Anda akan mengkaji Transaksi yang berkaitan dengan sebarang transaksi Perbankan Internet Peribadi dan / atau Perkhidmatan Mudah Alih yang dimulakan atas Arahan anda serta sebarang makluman berkaitan dengan Transaksi tersebut, tepat pada masanya dan secara berkala.
13.3 Kami akan melaksanakan Arahan yang diberikan oleh anda mengikut amalan perbankan standard kami. Jika kami menerima Arahan anda selepas jangka masa tertentu atau tarikh akhir yang ditetapkan untuk Transaksi tertentu (mengikut amalan perbankan standard kami), Arahan tersebut hanya boleh dilaksanakan pada Hari Perniagaan yang berikutnya.
13.4 Anda akan memastikan bahawa Arahan yang diberikan kepada kami adalah lengkap, tepat dan betul dan anda akan bertanggungjawab untuk sebarang Transaksi yang dilaksanakan oleh kami berikutan Arahan anda.
13.5 Kami berhak untuk bergantung dan bertindak ke atas mana-mana Arahan dan tidak akan bertanggungjawab kepada anda dalam apa-apa cara untuk bertindak dengan ikhlas ke atas apa-apa Arahan sedemikian walaupun ia kemudiannya menunjukkan bahawa ia tidak diberikan oleh anda, atau untuk apa-apa kesilapan, maklumat yang tidak lengkap atau perselisihan faham dalam Arahan yang diberikan.
13.6 Kami berhak untuk mendebitkan Akaun anda dengan segera setelah selesai apa-apa transaksi.
13.7 Kami boleh pada bila-bila masa, mengelak daripada melaksanakan mana-mana Arahan atau sebahagian daripadanya atau menolak untuk melaksanakan mana-mana Arahan tersebut, jika: -
a. kami mempunyai sebarang keraguan mengenai kesahihan, kejelasan atau kelengkapan Arahan tersebut;
b. bentuk atau kandungan Arahan-arahan tersebut tidak selaras dengan keperluan atau polisi atau amalan yang ditetapkan oleh kami dari semasa ke semasa;
c. kami mempercayai atau mengesyaki bahawa Arahan tersebut adalah tidak sah atau merupakan satu penipuan;
d. anda tidak mematuhi Terma dan Syarat ini dan Terma lain atau terdapat pelanggaran Terma dan Syarat ini dan Terma lain; atau
e. dan kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kerugian, liabiliti atau perbelanjaan yang timbul dari pengelakan atau penolakan kami untuk bertindak.
13.7 Melainkan disebabkan oleh kecuaian berat atau ingkar sengaja daripada pihak kami, anda bersetuju untuk melindungi kami dan kekal melindungi kami sepenuhnya pada setiap masa terhadap apa-apa tuntutan, permintaan, tindakan, prosiding, kerugian dan perbelanjaan (termasuk kos guaman pada dasar indemniti penuh) yang timbul dalam apa-apa cara sekalipun dari tindakan kami ke atas Arahan anda, enggan untuk bertindak ke atas Arahan anda atau sebahagian daripadanya.

14. Transaksi dan Had

14.1 Sebelum memberikan sebarang Arahan kepada kami melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih untuk melaksanakan apa-apa Transaksi, anda akan memastikan bahawa terdapat dana sedia ada yang mencukupi di dalam Akaun untuk melaksanakan Transaksi.
14.2 Anda tidak boleh menggunakan atau cuba untuk menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih untuk melaksanakan apa-apa Transaksi, terutamanya pembayaran atau pemindahan dana dari mana-mana Akaun kecuali jika terdapat dana yang mencukupi dalam Akaun berkenaan.
14.3 Kami boleh memerlukan anda untuk menetapkan Had  pada Transaksi harian anda dalam Ringgit Malaysia pada bila-bila masa dan anda tidak boleh menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih untuk melaksanakan apa-apa Transaksi melebihi Had tersebut. Had yang ditetapkan oleh anda tidak boleh melebihi Had yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.
14.4 Kami boleh pada bila-bila masa, enggan melaksanakan mana-mana Transaksi jika: -
a. terdapat kesilapan, kekurangan, kegagalan atau gangguan dalam sistem atau Peralatan untuk apa-apa sebab di luar kawalan kami atau atas apa-apa sebab;
b. terdapat kesilapan di pihak kami;
c. dana tidak mencukupi di dalam Akaun berkenaan;
d. melaksanakan Transaksi, baki di dalam Akaun akan kurang daripada baki minimum yang perlu dikekalkan untuk Akaun seperti yang diperuntukkan di bawah terma dan syarat masing-masing yang mentadbir Akaun; atau
e. terdapat percubaan oleh anda untuk melaksanakan Transaksi yang melebihi Had.
14.5 Tanpa mengira Klausa 14.4 di atas, kami boleh menolak untuk menjalankan apa-apa Transaksi yang dilaksanakan oleh anda dengan menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dengam memberikan notifikasi kepada anda.

15. Rekod Transaksi

15.1 Transaksi yang belum dilaksanakan tidak akan muncul dalam transaksi lampau Akaun berkenaan yang anda boleh semak melalui Perbankan Internet Peribadi dan atau Perkhidmatan Mudah Alih. Butiran yang dipaparkan dalam transaksi lampau yang disemak melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih tidak akan dianggap sebagai transaksi dan baki muktamad untuk Akaun berkenaan.
15.2 Rekod kami untuk sebarang Arahan, komunikasi, operasi dan Transaksi yang telah dilaksanakan melalui Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih oleh anda dengan menggunakan kod Laluan anda adalah mengikat dan muktamad ke atas anda untuk apa-apa tujuan sekalipun termasuk untuk tujuan sebarang prosiding undang-undang.
15.3 Anda mesti pastikan bahawa anda sentiasa memantau Akaun dan baki dalam Akaun apabila menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.
15.4 Anda mesti memaklumkan kami dengan segera mengenai sebarang ketidaktepatan atau ketidakteraturan dalam mana-mana Akaun.

16. ePenyata

  Pendaftaran untuk perkhidmatan ePenyata
16.1 Setelah anda membuat pendaftaran pertama kali untuk Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi, akaun simpanan/simpanan-i, semasa/semasa-i dan kad kredit akan didaftarkan secara automatik untuk perkhidmatan ePenyata.
16.2

Jika anda telah mendaftar untuk Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi sebelum ini dan Akaun anda tidak didaftarkan secara automatik untuk perkhidmatan ePenyata dan/atau untuk akaun yang tidak dinyatakan dalam Klausa 16.1 di atas, anda boleh memohon untuk perkhidmatan ePenyata tersebut:-

a. melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi; atau
b. melalui mana-mana cawangan kami, dengan melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan yang lengkap; atau
c. saluran lainyang mungkin ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa.
16.3 Setelah anda berjaya mendaftar untuk perkhidmatan ePenyata, ePenyata untuk Akaun tersebut akan disediakan kepada anda dari tarikh penyata yang berikut dan seterusnya dan anda mungkin melihat, memuat turun atau mencetak ePenyata anda dari Perbankan Internet Peribadi. Tidak ada salinan penyata fizikal yang akan dihantar kepada anda.
  Akaun Bersama
16.4 Sekiranya anda mempunyai Akaun bersama, setiap Pemegang Akaun akan dapat melihat ePenyata melalui Perbankan Internet Peribadi dengan syarat bahawa Pemegang Akaun telah berjaya mendaftar untuk perkhidmatan ePenyata. Bagi Pemegang Akaun yang belum mendaftar untuk perkhidmatan ePenyata, Pemegang Akaun akan menerima salinan penyata fizikal yang akan dihantar ke alamat surat-menyurat yang berlaku untuk Akaun seperti yang dinyatakan dalam sistem kami.
16.5 Mana-mana Pemegang Akaun pada bila-bila masa boleh memilih untuk berhenti menggunakan perkhidmatan ePenyata dan dalam hal demikian, Pemegang Akaun akan menerima salinan penyata fizikal yang akan dihantar ke alamat surat-menyurat yang berlaku untuk Akaun seperti yang dinyatakan dalam sistem kami. Pemegang Akaun selebihnya yang berjaya mendaftar untuk perkhidmatan ePenyata akan terus menerima ePenyata untuk Akaun.
  Ketersediaan ePenyata
16.6 Untuk kredit kad, pemakluman SMS akan dihantar ke nombor mudah alih yang anda daftarkan dengan kami sebaik sahaja ePenyata untuk Akaun tersebut telah disediakan untuk dilihat melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.
16.7 Untuk akaun yang tidak dinyatakan dalam Klausa 16.4 di atas, pemakluman e-mel akan dihantar ke alamat e-mel yang anda daftarkan dengan kami apabila ePenyata untuk Akaun tersebut telah disediakan untuk penelitian melalui Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi.
16.8 ePenyata untuk Akaun yang telah didaftar akan disediakan untuk penelitian selama enam (6) bulan dari tarikh yang dinyatakan dalam ePenyata (“Tarikh ePenyata”) masing-masing, atau tempoh lain sedemikian seperti yang ditetapkan oleh kami.
16.9 Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memasang perisian yang wajar seperti Acrobat Reader yang diperlukan untuk membaca ePenyata.
16.10 ePenyata akan dianggap telah dihantar pada tarikh ePenyata disediakan untuk penelitian anda melalui Perkhidmatan Perbankan Peribadi Internet dan ePenyata akan dianggap telah dihantar dan diterima oleh anda.
16.11 Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membaca dan meneliti ePenyata dengan segera dan tepat pada masanya sebaik sahaja anda menerima e-mel atau pemakluman SMS (yang mana berkenaan) daripada kami yang memaklumkan anda bahawa ePenyata  sedia untuk dibaca.
16.12 Jika anda mendapati bahawa terdapat kesilapan dalam ePenyata atau terdapat sebarang Transaksi yang tidak dibenarkan dalam Akaun anda seperti yang ditunjukkan dalam ePenyata, anda mesti memaklumkan kami secara bertulis dalam tempoh masa berkenaan yang dinyatakan dalam terma dan syarat masing-masing yang mentadbir Akaun dan anda mesti memberikan kami apa-apa maklumat yang berkaitan dan bantuan munasabah yang diperlukan daripada anda untuk menyiasat perkara tersebut.
16.13 Perkhidmatan ePenyata mungkin tidak disediakan pada waktu yang ditentukan kerana kerja-kerja mengemas kini, menaik taraf, penyelenggaraan atau peningkatan. Sehingga takat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak akan dipertanggungjawabkan untuk apa-apa kerugian, kos dan/ atau perbelanjaan yang dialami/ditanggung oleh anda atau mana-mana pihak ketiga disebabkan gangguan atau ketidaktersediaan perkhidmatan ePenyata.
16.14 Jika kad kredit atau akaun pinjaman/pembiayaan anda tertunggak, kami berhak untuk menghentikan perkhidmatan ePenyataan untuk akaun tersebut tanpa memberi notis kepada anda.
  Penamatan perkhidmatan ePenyata
16.15 Setelah Perkhidmatan Perbankan Internet Peribadi ditamatkan untuk apa jua sebab, perkhidmatan ePenyata akan diberhentikan secara automatik dan salinan fizikal penyata akaun Akaun anda akan dihantar ke alamat anda yang terakhir diketahui oleh kami dari tarikh penyata berikut dan seterusnya.
16.16 Kami boleh, dengan notis terlebih dahulu, menggantung atau menamatkan perkhidmatan ePenyata atau mana-mana bahagian perkhidmatan, tanpa diwajibkan untuk memberikan apa-apa sebab untuk perkara yang sama.
16.17 Selepas penggantungan atau penamatan perkhidmatan ePenyata, salinan fizikal penyata akaun Akaun anda akan dihantar ke alamat anda yang terakhir diketahui oleh kami dari tarikh penyata berikutnya dan seterusnya sehingga pemakluman selanjutnya oleh kami.

17. Perkhidmatan Permohonan Dalam Talian

17.1 Anda boleh menggunakan Aplikasi Perkhidmatan Dalam Talian untuk memohon Akaun Simpanan/Semasa dan/atau Simpanan Tetap.
17.2 Sebaik sahaja anda telah melengkapkan borang Permohonan Perkhidmatan Dalam Talian, kami akan melaksanakan Arahan anda untuk memproses permohonan anda bagi pembukaan Akaun Simpanan dan/atau Simpanan Tetap. Anda akan memastikan bahawa butiran dan maklumat yang diminta untuk Aplikasi Dalam Talian adalah tepat dan lengkap.
17.3 Selepas pembukaan Akaun Simpanan/Semasa dan/atau Simpanan Tetap, anda akan diikat oleh Terma dan Syarat yang digunakan untuk Mentadbir Akaun dan PerkhidmatanAnda boleh membaca salinan terma-terma dan syarat-syarat di sini.
17.4 Kami boleh, pada budi bicara mutlak kami menolak permohonan anda untuk membuka Akaun Simpanan/Semasa dan/atau Simpanan Tetap tanpa memberi apa-apa sebab.

18. Fi, Caj dan Hak untuk Mendebit

18.1 Anda mungkin perlu membayar fi dan caj bagi penggunaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dan fi serta caj sedemikian mungkin dipinda dari semasa ke semasa dengan notis terlebih dahulu. Kadar semasa untuk fi dan caj akan disediakan untuk anda di cawangan, laman web rasmi kami di www.uob.com.my atau atas permintaan anda.
18.2 Anda bertanggungjawab untuk membayar semua kos, caj, pembayaran, fi dan perbelanjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada fi guaman kami) berhubung dengan atau berkaitan dengan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih termasuk tetapi tidak terhad kepada penguatkuasaan atau pengekalan mana-mana hak-hak kami di bawah Terma dan Syarat ini.
18.3 Anda bertanggungjawab untuk membayar sebarang cukai barangan dan atau levi lain seperti pada tarikh permohonan untuk menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih atau pada mana-mana tarikh selepas permohonan untuk menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/ atau Perkhidmatan Mudah Alih, diperlukan oleh undang-undang  atau pengawalan, garis panduan, keputusan atau arahan yang dikeluarkan di bawah undang-undang sedemikian (dan termasuk apa-apa pindaan yang dilakukan kepada undang-undang, pengawalan, garis panduan, keputusan atau arahan sedemikian) untuk dibayar kepada mana-mana pertubuhan atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami, berkenaan dengan sebarang fi dan caj yang dikenakan atau ditanggung oleh kami dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami berhubung dengan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.
18.4 Sebarang cukai atau levi lain yang ditanggung oleh kami berhubung dengan Perbankan Internet Peribadi dan/ atau Perkhidmatan Mudah Alih serta apa-apa barangan atau perkhidmatan lain yang disediakan di bawah Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih akan ditanggung oleh dan dikenakan kepada anda dan sekiranya kami akan melaksanakan apa-apa bayaran, anda akan bertanggungjawab untuk membayar balik kepada kami apa-apa amaun yang telah dibayar.
18.5 Anda memberi kuasa kepada kami untuk mendebit daripada Akaun, dengan memberikan notifikasi kepada anda, segala wang yang perlu dibayar oleh anda kepada kami berkaitan dengan penggunaan Perbankan Internet Peribadi dan/ atau Perkhidmatan Mudah Alih oleh anda.
18.6 Kami boleh, dari semasa ke semasa, mengenakan, mengubah atau menyemak semula mana-mana fi dan caj yang dikenakan ke atas penggunaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dengan memberi notis terlebih dahulu dua puluh satu (21) hari.

19. Transaksi tidak sah

19.1 Anda akan bertanggungjawab untuk menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/ atau Perkhidmatan Mudah Alih dengan bertanggungjawab. Anda tidak boleh menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. Jika kami mendapati, mengesyaki atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih telah atau sedang digunakan untuk sebarang aktiviti menyalahi undang-undang, kami boleh mengambil apa-apa tindakan yang kami anggap sesuai dalam usaha kami untuk memenuhi sebarang tanggungjawab atau keperluan di Malaysia atau di tempat lain di dunia yang berkaitan dengan pencegahan atau apa-apa aktiviti menyalahi undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, aktiviti pengganas, sogokan, rasuah atau pengelakan cukai atau penguatkuasaan apa-apa sekatan ekonomi atau perdagangan. Tindakan yang kami boleh ambil termasuk penggantungan atau penamatan serta-merta penggunaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, membuat laporan dan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mana yang kami mungkin putuskan sebagai wajar.

19A. Pernyataan dan Jaminan Jenayah Kewangan

19A.1 Kami berhak mengambil semua tindakan yang kami anggap sesuai untuk kami memenuhi sebarang kewajiban atau keperluan, baik di Malaysia atau di tempat lain, sehubungan dengan pengesanan, penyiasatan dan pencegahan jenayah kewangan termasuk penipuan, pengubahan wang haram, pembiayaan terorisme, rasuah, rasuah , atau pengelakan cukai atau pelaksanaan sekatan ekonomi atau perdagangan ("Jenayah Kewangan").
19A.2 Anda memahami dan bersetuju bahawa sekiranya ada aktiviti, kelakuan atau keadaan yang anda terlibat (secara langsung atau tidak langsung) boleh mendedahkan kami kepada risiko undang-undang atau reputasi, atau tindakan pengawalseliaan atau penguatkuasaan yang sebenarnya atau berpotensi, kami akan pada bila-bila masa, tanpa memberikan alasan, berhak untuk segera: -
a. melaksanakan semua hak kami yang dinyatakan dalam Klausa 23.2;
b. tutup semua akaun dan hentikan semua perkhidmatan yang anda ada dengan kami; dan
c. membuat laporan dan mengambil tindakan lain yang difikirkan sesuai.
19A.3 Anda berjanji bahawa anda tidak akan memulakan, terlibat atau melakukan transaksi (secara langsung atau tidak langsung) yang mungkin melibatkan Jenayah Kewangan dan bersetuju untuk menjadikan kami tidak berbahaya, mengganti rugi dan melindungi kami dari dan terhadap sebarang dan semua liabiliti, tuntutan, tanggungjawab, kerugian , ganti rugi, denda, tindakan, penghakiman, tuntutan, kos (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kos undang-undang atas dasar ganti rugi penuh), perbelanjaan dan pengeluaran dalam bentuk apa pun yang mungkin kita alami atau timbul berkaitan dengan atau timbul dari sebarang pelanggaran oleh anda mengenai usaha ini.
19A.4 Anda menyatakan dan menjamin bahawa anda tidak terlibat dalam aktiviti atau kelakuan atau tidak mengambil tindakan, secara langsung atau tidak langsung, yang akan melanggar undang-undang anti-rasuah dan anti-rasuah yang berlaku, termasuk tetapi tidak terhad kepada, Pencegahan Rasuah Malaysia Akta Suruhanjaya 2009 ("MACCA"), Akta Rasuah Kerajaan Bersatu 2010 ("Akta Rasuah UK") dan Akta Amalan Rasuah Asing AS tahun 1977 ("FCPA"). Anda selanjutnya menyatakan dan menjamin bahawa anda, sepanjang pengetahuan anda, mematuhi MACCA, Akta Rasuah UK, FCPA dan undang-undang, peraturan atau undang-undang yang serupa.

20. Liabiliti anda untuk Pendedahan kod Laluan anda kepada Mana-mana Individu atau Akses yang Tidak Dibenarkan untuk Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih

20.1 Anda bersetuju dan berjanji untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pendedahan kod Laluan anda atau akses yang palsu atau tidak dibenarkan kepada Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.
20.2 Jika anda mengesyaki atau menyedari bahawa mana-mana kejadian di atas berlaku, anda mesti memaklumkan kami dengan segera di Pusat Hubungan kami atau mana-mana cawangan kami. Anda juga mesti memberi apa-apa maklumat yang berkaitan dan bantuan munasabah dalam penyiasatan perkara tersebut.
20.3 Anda memahami bahawa kegagalan untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk melindungi kod Laluan anda mungkin mendedahkan anda kepada akibat pencurian dan/atau akses yang tidak dibenarkan kepada Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih untuk melaksanakan sebarang transaksi berkaitan dengan Akaun anda.
20.4 Anda mesti menyusuli pemakluman anda dalam Klausa 20.2 dengan pengesahan bertulis dan pengemukaan apa-apa dokumen sebagaimana yang diperlukan oleh kami termasuk tetapi tidak terhad kepada satu salinan laporan polis yang dilaporkan berkenaan dengan pendedahan kod Laluan anda dan/atau akses yang tidak dibenarkan kepada Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pendedahan kod Laluan anda dan/atau akses yang tidak dibenarkan kepada Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.
20.5 Semua caj yang timbul daripada Transaksi yang dilaksanakan ke atas Akaun, sama ada dibenarkan atau tidak, dianggap telah dilakukan oleh anda. Anda akan kekal bertanggungjawab untuk semua transaksi yang dilaksanakan ke atas Akaun dan semua caj yang berkaitan dengan Transaksi sedemikian jika anda telah:
a. melakukan penipuan;
b. lambat memaklumkan kami dengan secepat mungkin yang dapat dilaksanakan selepas mendapati pendedahan kod Laluan atau akses yang tidak dibenarkan kepada Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih;
c. mendedahkan kod Laluan  anda kepada individu lain secara sukarela; atau
d. membenarkan akses Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih kepada individu lain secara sukarela.

21. Penafian

21.1 Dengan menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, anda mengakui dan bersetuju:-
a. untuk menerima risiko yang wujud berkaitan dengan pelaksanaan Transaksi melalui internet;
b. bahawa kami dan Pihak Ketiga yang Dibenarkan tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan nyata atau tersirat berhubung dengan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih;
c. di mana kami menyediakan pautan hiperteks ke laman web internet pihak ketiga, pautan tersebut tidak merupakan pengendorsan oleh kami untuk mana-mana produk atau perkhidmatan di laman web tersebut. Keputusan anda untuk menggunakan pautan sedemikian adalah timbangan anda sendiri dan pada risiko anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atau bertanggungjawab untuk kandungan, penggunaan atau ketersediaan laman web tersebut. Anda bersetuju bahawa kami tidak perlu mengesahkan ketepatan atau kebenaran kandungan laman web tersebut; dan
d. bahawa apa-apa dalam laman web rasmi kami tidak boleh dianggap sebagai permintaan atau tawaran, atau cadangan, untuk memperoleh atau melupuskan apa-apa pelaburan atau mengambil bahagian dalam transaksi lain, atau untuk memberikan apa-apa nasihat pelaburan atau perkhidmatan.
21.2 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang digunakan, tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan lain di bawah Terma dan Syarat ini, kami (dan juga mana-mana pengarah, pegawai dan kaki tangan kami) adalah tidak bertanggungjawab untuk apa-apa ganti rugi, kerugian, kos dan perbelanjaan yang timbul daripada, atau berkaitan dengan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, atau penggunaan atau ketidakupayaan anda untuk menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, atau berkaitan dengan apa-apa kesilapan, peninggalan, kekurangan, virus komputer atau kegagalan sistem.
21.3 Tanpa mengehadkan keluasan makna Klausa 21.2 di atas, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, ganti rugi atau perasaan malu yang ditanggung atau dialami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga yang disebabkan oleh atau yang timbul daripada: -
a. kegagalananda untuk memberikan Arahan yang tepat, lengkap dan tepat pada masanya kepada kami di bawah Perbankan Peribadi Internet dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih atau kegagalan anda untuk mematuhi Terma dan Syarat ini;
b. untuk ketidakupayaan anda untuk melaksanakan mana-mana Transaksi disebabkan oleh had yang ditetapkan oleh kami dari semasa ke semasa;
c. apa-apa kesilapan, perubahan atau kerosakan Arahan, data atau maklumat kepada atau daripada kami melalui Perbankan Peribadi Internet dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dan internet;
d. sebarang pencerobohan atau serangan oleh mana-mana individu atau pihak pada apa-apa perkakasan, perisian atau sistem yang digunakan berhubung dengan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih atau di internet termasuk tetapi tidak terhad kepada virus, trojan horses, worms dan/atau makro atau komponen lain yang berbahaya atau peranti pelumpuh yang mungkin menggantung, mengganggu atau melumpuhkan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih atau mana-mana bahagian perkhidmatan tersebut;
e. apa-apa sekatan atau larangan terhadap penggunaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih oleh mana-mana undang-undang atau pengawalan mana-mana negara dari mana anda mengakses Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih;
f. ketidakcukupan dana dalam mana-mana Akaun anda;
g. apa-apa kerugian atau ganti rugi yang disebabkan oleh Peralatan, pembekal pelayar internet atau oleh Pembekal Perkhidmatan Rangkaian atau ejen-ejen atau subkontraktor mereka;
h. apa-apa kerosakan atau ketidakfungsian sebarang Peralatan, sistem atau perisian yang digunakan berhubung dengan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, sama ada dimiliki oleh kami atau sebaliknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana terminal elektronik, pelayan atau sistem, peranti telekomunikasi, sambungan, elektrik, bekalan kuasa, telekomunikasi atau rangkaian atau sistem komunikasi lain atau mana-mana bahagian sistem pemindahan dana secara elektronik;
i. kegagalan anda untuk mematuhi arahan, prosedur dan arahan terkini untuk penggunaan Perbankan Internet Peribadi dan/ atau Perkhidmatan Mudah Alih; atau
j. kerosakan atau kehilangan sebarang data atau arahan atau dalam proses penghantaran sama ada melalui Perbankan Peribadi Internet dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih atau sebaliknya digunakan oleh kami atau mana-mana pihak ketiga lain sama ada berkaitan atau tidak dengan Akaun anda atau Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.

22. Indemniti

22.1 Tambahan kepada dan tanpa menjejaskan apa-apa hak atau remedi yang kami punyai (undang-undang atau sebaliknya), dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda akan melindungi kami dan semua kaki tangan, pekerja, penama, pengarah dan ejen kami terhadap segala kerugian, kos, ganti rugi, caj dan perbelanjaan, termasuk fi dan kos guaman (atas dasar indemniti penuh) dan semua cukai barangan atau perkhidmatan, cukai, duti dan levi lain yang kena untuk kos, caj dan perbelanjaan sedemikian yang mungkin kami alami atau tanggung disebabkan oleh:
a. kami bertindak mengikut Arahan anda yang dikatakan telah diberikan kepada kami menurut Terma dan Syarat ini;
b. apa-apa perubahan dalam mana-mana undang-undang yang digunakan termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana undang-undang cukai atau pengawalan mana-mana negara yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami;
c. pengekalan atau penguatkuasaan hak kami di bawah Terma dan Syarat ini atau akibat daripada sebarang ketidakpatuhan Terma dan Syarat ini atau apa-apa terma-terma dan syarat lain sedemikian oleh anda;
d. apa-apa tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak terhadap anda atau mana-mana Transaksi atau mana-mana Akaun untuk apa-apa sebab sekalipun termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang penggunaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih atau Akaun yang menyalahi undang-undang, palsu, cuai atau tidak dibenarkan;
e. apa-apa penglibatan oleh kami dalam apa-apa prosiding dalam apa-apa bentuk untuk melindungi atau berhubung dengan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih atau Akaun atau Transaksi;
f. pematuhan oleh kami dengan mana-mana undang-undang atau pengawalan atau arahan rasmi sedia ada atau akan datang yang berhubung dengan mana-mana Terma dan Syarat;
g. apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan atau yang menyebabkan ianya dilakukan oleh kami yang timbul daripada atau berhubung dengan Terma dan Syarat ini; dan
h. kami mempercayai dan bertindak dengan ikhlas ke atas apa-apa Arahan walaupun ia kemudiannya dinyatakan bahawa Arahan tidak diberikan atau dibenarkan oleh anda.

23. Penamatan

23.1 Kami mungkin,  dengan memberi notis terlebih dahulu, menyekat, menggantung atau menamatkan akses anda kepada Perbankan Peribadi Internet dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih atau mana-mana bahagian perkhidmatan, tanpa diwajibkan untuk memberikan apa-apa sebab untuk yang sama.
23.2 Kami mungkin, menyekat, menggantung atau menamatkan akses anda kepada Perbankan Peribadi Internet dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih jika: -
a. anda gagal untuk mematuhi pembayaran atau cara pembayaran apa-apa wang yang perlu dibayar berhubung dengan Akaun atau di bawah terma dan syarat yang mentadbir Akaun;
b. anda mengugut untuk melanggar atau telah melanggar Terma dan Syarat ini;
c. anda melakukan atau mengugut untuk melakukan keingkaran atau pelanggaran mana-mana perjanjian, waad, penetapan, terma atau syarat yang dilaksanakan antara anda dan kami, yang anda dikehendaki untuk mematuhi dan melaksanakan;
d. anda meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, tidak waras, muflis, bankrap atau tertakluk kepada prosiding kehakiman;
e. pada bila-bila masa selepas kelulusan permohonan anda untuk Perbankan Peribadi Internet dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, undang-undang dan pengawalan yang mentadbir kami menjadikannya salah dari segi undang-undang, tidak sah  atau sukar bagi kami untuk membenarkan anda atau untuk terus membenarkan anda menggunakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih atau mematuhi tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat ini atau untuk kami menguatkuasakan mana-mana hak kami di bawah Terma dan Syarat ini;
f. kami berpandanganbahawa terdapat sebarang perubahan dalam keadaan pasaran yang akan menyebabkan penerusan penyediaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih kepada anda adalah tidak praktikal atau tidak boleh dilakukan buat sementara waktu atau tetap dari pandangan sudut komersil;
g. terdapat apa-apa penyiasatan oleh pihak polis, pihak berkuasa atau pengawal selia yang belum selesai, berterusan atau diancam terhadap anda;
h. jika terdapat apa-apa laporan yang dilaksanakan terhadap anda di bawah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Akta Aktiviti-aktiviti Haram 2001;
i. jika kami mengesyaki atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih digunakan untuk suatu aktiviti yang menyalahi undang-undang;
j. anda tidak lagi mengekalkan mana-mana Akaun dengan kami; atau
k. anda telah gagal untuk mengakses Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih untuk satu tempoh masa seperti yang ditentukan oleh kami
23.3 Anda boleh menamatkan akses Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih pada bila-bila masa dengan mengisi borang yang disediakan oleh kami di mana-mana cawangan kami dan menyerahkan borang yang telah dilengkapkan ke mana-mana cawangan kami atau hantarkannya ke Peti Surat 11211, 50738 Kuala Lumpur, Malaysia
23.4 Selepas anda menyerahkan borang untuk menamatkan akses anda kepada Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, anda akan kekal bertanggungjawab untuk sebarang Transaksi (sama ada sebelum atau selepas penamatan akses anda kepada Perbankan Peribadi Internet dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih), termasuk Transaksi yang dilaksanakan tetapi belum lagi dicatatkan pada Akaun, dan apa-apa arahan tetap sedia ada yang dilakukan oleh anda untuk melaksanakan pembayaran kepada Syarikat Penerima atau mana-mana pihak ketiga yang lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membatalkan mana-mana Arahan yang sedia ada sebelum atau selepas penamatan akses anda kepada Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih.

24. Sekatan

24.1 Anda mesti menyediakan dan mendedahkan kepada kami dalam tempoh yang ditetapkan oleh kami, apa-apa maklumat, penyataan dan penjelasan berhubung dengan Akaun dan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih yang kami anggap perlu untuk: -
a. mematuhi undang-undang atau Sekatan di Malaysia atau mana-mana negara lain (termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berkaitan dengan pencegahan pengubahan wang haram atau pencegahan keganasan); dan/atau
b. menguruskan risiko pengubahan wang haram atau risiko pembiayaan keganasan atau risiko ekonomi dan sekatan perdagangan.
24.2 Sementara kami menunggu penerimaan maklumat daripada anda dan sehingga kami telah mengesahkan maklumat tersebut pada kepuasan kami, kami tidak diwajibkan untuk meneruskan dengan sebarang Transaksi atau menyediakan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih kepada anda.
24.3 Anda mengaku dan berjanji kepada kami bahawa pemprosesan sebarang Transaksi tidak akan melanggar apa-apa undang-undang atau sekatan di Malaysia atau mana-mana negara lain. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang timbul daripada apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk memproses sebarang Transaksi disebabkan oleh maklumat dan dokumentasi yang disediakan oleh anda adalah yang tidak mencukupi.

25. Pindaan ke atas Terma dan Syarat Ini

25.1 Kami boleh, mengubah, menambah, mengeluarkan atau meminda Terma dan Syarat ini berhubung dengan Perbankan Peribadi Internet dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, fi atau caj atau caj pengendalian dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu, sama ada melalui penyata akaun anda, ePenyata atau dengan cara memaparkannya di laman web rasmi kami di www.uob.com.my atau di cawangan kami atau dalam apa-apa cara lain yang dipilih oleh kami.
25.2 Jika anda tidak menerima pindaan ini, anda mesti menamatkan Perbankan Peribadi Internet dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemakluman, jika tidak, anda akan dianggap telah menerima dan bersetuju dengan pindaan tersebut dan pindaan tersebut akan mengikat anda.
25.3 Kami boleh pada bila-bila masa meminda, mengubah, menukar, menyekat, menambah, menggantung, membatalkan atau menarik balik semua atau mana-mana kemudahan, perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda.

26. Pendedahan

26.1 Anda bersetuju dan membenarkan kami (termasuk pegawai, pekerja, ejen atau mana-mana individu lain yang dibenarkan oleh kami untuk mengakses rekod, surat-menyurat kami atau sebarang bahan berkaitan dengan anda atau penggunaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih oleh anda) untuk mendedahkan pada bila-bila masa apa-apa maklumat berhubung dengan anda atau Akaun anda atau penggunaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih, kepada individu-individu yang berikut:
a. mana-mana satu atau lebih ahli Kumpulan, untuk mana-mana tujuan berikut:-
  i. menyediakan perkhidmatan perbankan;
  ii. pelaporan;
  iii. pemadanan data;
  iv. meningkatkan dan melanjutkan pemberian perkhidmatan lain oleh kami atau mana-mana Kumpulan kepada anda;
  v. pencegahan penipuan atau jenayah;
  vi. menyiasat, mencegah atau sebaliknya berhubung dengan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram dan jenayah;
  vii. pengutipan hutang;
  viii. khidmat sumber luar untuk operasi kami;
  ix. melaksanakan tugas-tugas sebagai pegawai kami atau berkaitan dengan pengendalian audit atau pelaksanaan pengurusan risiko;
  x. memudahkan perlaksanaan tugas kami atau mana-mana fungsi ahli Kumpulan kami;
  xi. pematuhan kepada polisi, garis panduan, arahan atau keperluan Kumpulan;
  xii. latihan korporat;
  xiii. sebarang proses undang-undang yang dimulakan oleh atau dilaksanakan ke atas kami;
     
b. mana-mana pedagang atau pertubuhan yang menerima kad debit, kad kredit, mana-mana bank atau institusi kewangan, VISA International Service Association/MASTERCARD International Inc. atau penggantinya, mana-mana ahli VISA International Service Association dan/atau MASTERCARD International Inc dan/atau mana-mana pihak yang berminat untuk memudahkan penggunaan kad kredit atau pemprosesan sebarang transaksi yang dilaksanakan atau penyiasatan dalam apa-apa bentuk yang dilakukan;
c. mana-mana individu untuk atau yang berkaitan dengan apa-apa tindakan atau prosiding yang diambil untuk mendapatkan kembali wang yang dijangka dan perlu dibayar oleh anda kepada kami di bawah Terma dan Syarat ini;
d. mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang menyediakan perkhidmatan elektronik atau perkhidmatan lain kepada kami untuk tujuan menyediakan, mengemas kini, menyelenggarakan dan meningkatkan perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyiasatan percanggahan, kesalahan atau tuntutan;
e. mana-mana individu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang kami lantik bagi tujuan melaksanakan atau berhubung dengan pelaksanaan perkhidmatan atau fungsi operasi yang telah menggunakan khidmat pakar luar;
f. pihak polis atau mana-mana pegawai awam yang menjalankan penyiasatan berkaitan dengan sebarang kesalahan termasuk kesalahan yang disyaki;
g. kepada bank-bank, institusi kewangan, biro kredit atau agen rujukan kredit (hanya untuk maklumat kredit);
h. juruaudit, peguam dan penasihat profesional kami;
i. pencetak alat tulis kami, pembekal sistem komputer yang diguna oleh kami, dan individu sedemikian yang memasang dan menyelenggarakannya serta pembekal lain untuk barangan atau  perkhidmatan yang diguna oleh kami;
j. mana-mana biro kredit di mana kami adalah ahli, dan mana-mana ahli dan/atau jawatankuasa pematuhan biro kredit tersebut;
k. mana-mana agensi penarafan, rakan sekutu perniagaan, penanggung insurans atau penyedia insurans/takaful atau penyedia langsung atau tidak langsung perlindungan kredit;
l. mana-mana peserta atau sub-peserta sebenar atau berpotensi berhubung dengan mana-mana tanggungjawab kami di bawah perjanjian perbankan di antara anda dan kami, atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan (atau mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau penasihat) mana-mana seorang daripada mereka;
m. untuk transaksi yang dilaksanakan atau diproses dengan atau tanpa kebenaran anda dalam atau melalui mesin juruwang automatik bank-bank lain atau institusi kewangan atau bukan kewangan atau terminal atau mesin yang dikendalikan dengan kad lain atau peranti yang diluluskan oleh kami, kepada bank, institusi kewangan atau institusi bukan kewangan, pedagang atau pihak lain yang menerima penggunaan kad dan agen atau kontraktor masing-masing mereka;
n. mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami atau mana-mana ahli Kumpulan;
o. mana-mana individu yang kami atau mana-mana ahli Kumpulan dibenarkan atau diperlukan untuk mendedahkan kepada bawah undang-undang mana-mana negara;
p. mana-mana individu berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak kami di bawah Terma dan Syarat ini;
q. Biro Kredit Pusat atau mana-mana pihak berkuasa atau pertubuhan yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami; atau
r. mana-mana negara lain, bank pusat atau pihak berkuasa penyiasatannya untuk tujuan pematuhan apa-apa pertukaran maklumat akaun kewangan secara automatik di bawah mana-mana konvensyen pelbagai hala mengenai bantuan pentadbiran bersama dalam hal-hal cukai.

27. Pematuhan kepada Perintah Mahkamah

27.1 Kami dan Kumpulan boleh bertindak dalam apa-apa cara yang kami anggap sesuai, tanpa berunding dengan anda terlebih dahulu, jika kami dikemukakan dengan perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah dalam mana-mana bidang kuasa. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mempertanggungjawabkan kami untuk sebarang kerugian atau ganti rugi berhubung dengan tindakan kami.

28. Perlindungan Data

28.1 Anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah menerima, membaca, memahami dan bersetuju untuk diikat oleh Notis Privasi yang dikeluarkan oleh kami (yang boleh didapati di cawangan-cawangan kami dan juga di laman web kami di www.uob.com.my) dan klausa di dalam Terma dan Syarat ini yang mungkin berkaitan dengan pemprosesan Data Peribadi anda. Bagi mengelakkan keraguan, anda bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut akan dianggap telah dimasukkan dengan merujuk kepada Terma dan Syarat ini.
28.2 Anda bersetuju bahawa kami boleh memindahkan Data Peribadi (termasuk Data Peribadi mana-mana Subjek Data Pihak Ketiga) ke luar Malaysia. Semua Data Peribadi yang dipegang oleh kami dan Kumpulan akan diberi tahap perlindungan yang munasabah terhadap sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja atau pendedahan, pengubahan atau penghapusan.
28.3 Sekiranya anda memberi Data Peribadi yang berkaitan kepada Subjek Data Pihak Ketiga kepada kami, bagi tujuan membuka atau mengendalikan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dengan kami atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan kami, anda:
a. berjanji bahawa anda telah memaklumkan Subjek Data Pihak Ketiga  untuk membaca Notis Privasi di laman web kami di www.uob.com.my;
b. telah memaklumkan kepada Subjek Data Pihak Ketiga tersebut: -
i. bahawa kami boleh mengutip atau mengesahkan Data Peribadi mereka dengan sumber pihak ketiga;
ii. bahawa kami boleh mendedahkan data peribadi mereka kepada golongan pihak ketiga yang dinyatakan dalam Notis Privasi kami;
c. bersetuju untuk memastikan bahawa Data Peribadi Subjek Data Pihak Ketiga tersebut adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini;
d. bersetuju untuk memaklumkan kami secara bertulis sekiranya terdapat sebarang perubahan ketara kepada Data Peribadi tersebut; dan
e. bersetuju kepada hak kami untuk menamatkan Terma dan Syarat ini serta Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih sekiranya kebenaran sedemikian ditarik balik oleh Subjek Data Pihak Ketiga  tersebut.
28.4 Anda mengarahkan kami untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi rentas sempadan (termasuk untuk melakukan atau menerima pembayaran), butiran berkenaan dengan transaksi merentas sempadan (termasuk data berkaitan dengan mereka yang terlibat dalam transaksi tersebut, seperti mana-mana Subjek Data Pihak Ketiga) mungkin diterima daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses oleh pengawal selia luar negara dan pihak berkuasa berhubung dengan tanggungjawab sah mereka (contohnya, pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan kami dan/atau ejen kami untuk melakukan apa-apa transaksi rentas sempadan bagi pihak anda, anda bersetuju kepada pendedahan di atas tersebut bagi pihak diri sendiri anda dan individu lain (termasuk mana-mana Subjek Data Pihak Ketiga) yang terlibat dalam transaksi merentas sempadan tersebut.
28.5 Tambahan,tetapi sentiasa tertakluk kepada apa-apa undang-undang (termasuk pengawalan, garis panduan dan/atau tanggungjawab) yang digunakan ke atas kami dan Kumpulan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), anda bersetuju bahawa kami dan Kumpulan, dan pedagang serta rakan kongsi strategik kami boleh menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang kami percaya mungkin menarik minat anda atau memberi manfaat kepada anda dari segi kewangan. Tanpa mengira yang tersebut di atas, kami hanya akan mendedahkan Data Peribadi anda (tidak termasuk yang berhubungan dengan hal ehwal anda atau Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih) kepada pedagang dan rakan kongsi strategik kami di mana persetujuan anda secara jelas telah diperoleh terlebih dahulu.
28.6 Anda boleh memilih untuk tidak menerima apa-apa bahan pemasaran langsung daripada kami dan Kumpulan dengan menulis kepada kami di ‘Perkhidmatan Kewangan Peribadi, Peti Surat 13525, Menara UOB, Jalan Raja Laut, 50738 Kuala Lumpur' (atau alamat lain sedemikian yang dimaklumkan oleh kami) dengan permintaan anda dan kami akan mematuhi arahan bertulis terkini anda kepada kami.
28.7 Anda mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun, aplikasi UOB TMRW kami dan laman web kami mengandungi maklumat lazim mengenai produk dan perkhidmatan lain kami yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk kami, operasi Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dan/ atau kemudahan dengan kami, dan/atau tanpa mengenakan kos tambahan kepada anda.
28.8 Anda dan Subjek Data Pihak Ketiga berhak untuk meminta secara bertulis:
a. untuk sebarang maklumat berhubung dengan Data Peribadi anda yang dipegang atau disimpan oleh kami;
b. untuk sebarang maklumat yang dipegang atau disimpan oleh kami untuk dikemaskinikan, dipinda dan/atau diperbetulkan;
c. untuk kami mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda yang dipegang atau disimpan oleh kami; dan
d. untuk membuat pertanyaan atau aduan berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda.

Untuk pertanyaan di bawah (a) atau (b), anda dan/atau Subjek Data Pihak Ketiga boleh membuat permintaan kepada kami melalui Borang Permintaan Akses kepada Data kami atau Borang Permohonan Pembetulan Data masing-masing. Borang-borang ini boleh didapati di cawangan kami dan juga di laman web kami di www.uob.com.my.

Anda dan/atau Subjek Data Pihak Ketiga boleh mengajukan semua permintaan anda ke mana-mana cawangan kami atau 'Pengurusan Komunikasi Pelanggan,Peti Surat 11212, Menara UOB, Jalan Raja Laut, 50738 Kuala Lumpur'.

Kami mungkin mengenakan fi bagi memproses permintaan anda untuk mengakses dan membetulkan Data Peribadi . Kami juga boleh menolak untuk mematuhi sebarang permintaan anda berkenaan (a) atau (b) di atas jika maklumat yang diberikan oleh anda dan/atau Subjek Data Pihak Ketiga adalah tidak mencukupi (seperti yang ditentukan oleh kami) atau di mana permintaan tersebut mungkin melanggar atau menyalahi mana-mana undang-undang atau pengawalan atau apa-apa sebab lain yang kami anggap sebagai bukan dalam kepentingan kami untuk berbuat demikian. Jika kami enggan mematuhi permintaan tersebut, kami akan memaklumkan kepada anda dan Subjek Data Pihak Ketiga mengenai keengganan dan sebab penolakan kami.
28.9 Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda sediakan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa maklumat tersebut sentiasa dikemaskinikan.
28.10 Sila ambil perhatian bahawa jika kami tidak lagi berhak untuk memproses Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami (termasuk di mana anda dan/atau Subjek Data Pihak Ketiga kemudiannya menarik balik kebenaran untuk memproses Data Peribadi), kami mungkin tidak boleh memproses, jika sama sekali, Data Peribadi  berhubung dengan apa-apa tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dengan efektif, dan  kami akan berhak untuk tidak menyediakan atau menghentikan penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih dan/atau kemudahan yang dikaitkan dengan Data Peribadi tersebut.
28.11 Kami berhak untuk meminda klausa ini dari semasa ke semasa dan akan memberi notis secara bertulis terlebih dahulu kepada anda dan memaparkan pindaan tersebut pada laman web kami atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan bank atau di tempat utama dalam cawangan-cawangan kami atau dengan apa-apa cara komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh kami.
28.12 Klausa ini tidak akan menjejaskan mana-mana klausa lain dalam Terma dan Syarat ini yang membuat peruntukan untuk pendedahan data.

29. Notis dan Komunikasi

29.1 Sebarang notis, permintaan, permohonan atau komunikasi (selain daripada Proses Undang-undang) yang kami hantar kepada anda boleh:
a. dihantar dengan tangan ke alamat anda seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan atau di alamat terakhir yang diketahui oleh kami;
b. dihantar melalui pos (berdaftar, berdaftar AR, biasa atau sebaliknya) ke alamat anda seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan atau alamat terakhir yang diketahui oleh kami;
c. dihantar melalui penghantaran faksimile ke nombor faksimile terakhir yang diketahui oleh kami;
d. dihantar melalui mel elektronik ke alamat mel elektronik terakhir yang diketahui oleh kami;
e. dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbit terakhir yang diketahui oleh kami;
f. dimaklumkan kepada anda dengan memaparkan di laman web kami; atau
g. dimaklumkan kepada anda dengan selitan ke dalam mana-mana penyata akaun yang kami hantar kepada anda.
29.2 Notis atau komunikasi tersebut akan dianggap telah diterima oleh anda: -
a. pada masa penghantaran ke alamat anda, jika dihantar dengan tangan;
b. pada hari ketiga (ke-3) (termasuk hari pengiriman) dari tarikh ia dikirimkan
c. pada masa penghantaran faksimile selesai;
d. pada masa mel elektronik selesai;
e. pada masa penghantaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) selesai;
f. pada masa pemaparan dalam laman web kami; atau
g. pada masa penyata akaun dianggap telah diterima oleh anda.
29.3 Kami juga berhak untuk menyampaikan kepada anda apa-apa notis berhubung dengan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih melalui pengiklanan dalam mana-mana satu surat khabar harian dan notis tersebut akan dianggap telah disampaikan kepada anda pada hari iklan tersebut disiarkan dalam akhbar tanpa mengira sama ada anda telah benar-benar melihat iklan tersebut.
29.4 Perubahan dalam butiran perhubungan:
a. Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan segera mengenai apa-apa perubahan dalam maklumat surat-menyurat, alamat mel atau kediaman anda dan perhubungan anda ("Maklumat").
b. Jika anda tidak memaklumkan kepada kami mengenai apa-apa perubahan dalam Maklumat anda, anda bersetuju bahawa kami boleh bergantung pada: -
  i. sebarang alamat dan/atau maklumat perhubungan yang dinyatakan dalam borang permohonan atau seperti yang ditunjukkan dalam rekod kami; atau
  ii. sebarang alamat dan/atau maklumat perhubungan yang kami peroleh daripada apa-apa komunikasi yang dikatakan telah dikeluarkan oleh anda kepada kami.
c. Sebarang kegagalan oleh anda untuk memaklumkan kami mengenai perubahan dalam Maklumat anda yang menyebabkan kelewatan atau tiada penghantaran mana-mana penyata akaun, ePenyata, surat-menyurat dan/atau notis tidak akan menjejaskan hak dan kelayakan kami di bawah Terma dan Syarat ini.

30. Pengekalan Rekod Anda

30.1 Anda bersetuju bahawa kami tidak diwajibkan untuk mengekalkan mana-mana rekod anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada borang permohonan, dokumen Transaksi, penyata akaun, surat-menyurat atau dokumen yang disediakan kepada kami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga lain, melebihi apa-apa tempoh pengekalan seperti yang ditetapkan di bawah polisi dalaman, garis panduan dan prosedur dan/atau sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang atau pengawalan yang digunakan oleh mana-mana negara yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami.

31. Penyampaian Proses Undang-undang

30.1 Sebagai tambahan kepada dan bukan penggantian kepada apa-apa cara penyampaian yang mungkin dibenarkan atau ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa buat masa ini, sebarang penyampaian Proses Undang-undang oleh atau bagi pihak kami boleh dilaksanakan ke atas anda:
a. dengan meninggalkan satu salinan di alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan atau dalam sebarang komunikasi yang dikatakan telah dikeluarkan oleh anda kepada kami atau yang terakhir diketahui oleh kami dan ia akan dianggap telah diterima dengan wajarnya oleh anda pada hari ia ditinggalkan di alamat tersebut; atau
b. dengan menghantar satu salinan melalui pos berdaftar prabayar atau biasa ke alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan atau dalam apa-apa komunikasi yang dikatakan telah dikeluarkan oleh anda kepada kami atau yang terakhir diketahui oleh kami dan ia akan dianggap telah diterima oleh anda pada hari ketiga (ke-3) (termasuk hari pengiriman) dari tarikh ia dikirimkan.

32. Keadaan di luar Kawalan Kami

32.1 Jika kami tidak berupaya:
a. untuk melaksanakan sebarang tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat ini;
b. untuk menjalankan operasi perniagaan biasa kami; atau
c. menyediakan apa-apa perkhidmatan,

kerana apa-apa sebab di luar kawalan kami, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: -

i. apa-apa kebakaran, gempa bumi, banjir, kilat, tsunami, wabak, malapetaka, kemalangan, rusuhan, gangguan awam, pertikaian perindustrian, tindakan keganasan, sekatan, peperangan, bencana alam;
ii. apa-apa kegagalan atau gangguan kepada telekomunikasi, internet, elektrik, air atau bekalan bahan api; atau
iii. apa-apa keadaan yang bersifat force majeure, iaitu keadaan yang tidak diduga yang menghalang kami daripada melaksanakan tanggungjawab kami di bawah Terma dan Syarat ini,

kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara untuk sebarang kegagalan pelaksanaan atau untuk apa-apa kesulitan, kerugian, kecederaan, atau ganti rugi yang dialami atau ditanggung oleh anda secara langsung atau tidak langsung akibat daripada kegagalan pelaksanaan tersebut.

33. Tiada Penepian

33.1 Anda bersetuju bahawa jika anda melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini, kami boleh membuat keputusan untuk tidak melaksanakan apa-apa hak atau remedi yang kami mungkin ada berhubung dengan pelanggaran anda.
33.2 Anda bersetuju bahawa, walaupun kami mungkin tidak melaksanakan apa-apa hak atau remedi yang disediakan kepada kami ke atas pelanggaran anda, kami tidak akan diwajibkan untuk mengetepikan atau membebaskan pelanggaran sedemikian dan  kami mungkin pada bila-bila masa selepas itu melaksanakan semua atau mana-mana hak atau remedi yang disediakan kepada kami di bawah Terma dan Syarat ini dan sebarang undang-undang yang digunakan. Sebarang kelewatan di pihak kami dalam mengambil langkah-langkah untuk menguatkuasakan remedi yang disediakan kepada kami di bawah Terma dan Syarat ini atau mana-mana undang-undang yang digunakan tidak akan dalam apa-apa cara menjejaskan hak kami untuk mengambil langkah-langkah tersebut dan kami mengekalkan hak pada bila-bila masa selepas itu untuk menguatkuasakan atau menegaskan hak kami berhubung dengan pelanggaran tersebut atau sebarang pelanggaran berikutnya oleh anda.

34. Kebolehasingan

34.1 Jika mana-mana peruntukan dalam Terma dan Syarat ini adalah atau menjadi tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, akan dianggap sebagai tidak dimasukkan di dalam Terma dan Syarat ini; Terma dan Syarat selebihnya akan terus berkesan dan berkuat kuasa dan tidak terjejas dalam apa-apa cara oleh peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan.

35. Remedi Terkumpul

35.1 Hak-hak, remedi, kuasa, dan keistimewaan yang diperuntukkan di bawah Terma dan Syarat ini adalah kumulatif dan tidak eksklusif kepada mana-mana hak, remedi, dan keistimewaan yang disediakan oleh undang-undang, dalam mana-mana perjanjian lain antara pihak-pihak atau sebaliknya.

36. Pemeliharaan Hak dan Kelayakan

36.1 Anda bersetuju bahawa, tanpa mengira apa yang dinyatakan di mana sahaja di dalam Terma dan Syarat ini, hak dan kelayakan kami seperti yang dinyatakan di bawah Terma dan Syarat ini akan terus kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, dan akan terus kekal setelah sebarang penamatan, pembatalan, pemansuhan atau penggantungan akses kepada Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih.

37. Perubahan dalam Perlembagaan

37.1 Hak-hak, liabiliti dan/atau tanggungjawab yang diwujudkan oleh Terma dan Syarat ini akan terus sah dan mengikat untuk segala tujuan, tanpa mengira sebarang pemindahan atau penyerahan hak perniagaan, operasi, aset, atau liabiliti kami, atau apa-apa perubahan melalui penyatuan, pergabungan, pembinaan semula, atau sebaliknya dalam perlembagaan kami, atau mana-mana syarikat di mana perniagaan kami dijalankan, dan akan disediakan untuk syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut.

38. Penyerahan Hak

38.1 Anda tidak boleh menyerahkan apa-apa hak dan tanggungjawab anda di bawah Terma dan Syarat ini.
38.2 Kami boleh menyerahkan semua atau mana-mana hak kami di bawah Terma dan Syarat ini kepada mana-mana individu yang kami anggap sesuai.

39. Ikatan Pengganti

39.1 Terma dan Syarat ini akan mengikat waris anda dan wakil peribadi anda serta pemegang serah hak dan pengganti hak milik anda.

40. Undang-undang yang Mentadbir

40.1 Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia, dan anda secara muktamad -
a. menyerahkan kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah di Malaysia;
b. mengetepikan sebarang bantahan atas alasan kesesuaian tempat, bidang kuasa atau apa-apa alasan yang sama; dan
c. bersetuju kepada perkhidmatan proses undang-undang dalam apa-apa cara lain yang dibenarkan oleh Terma dan Syarat ini dan/atau apa-apa undang-undang yang digunakan.
40.2 Penggunaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih di luar Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang dan pengawalan di Malaysia dan negara di mana Transaksi dilaksanakan atau diminta. Anda bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan dengan semua undang-undang dan pengawalan yang berkenaan.
40.3 Penyediaan Perbankan Internet Peribadi dan/atau Perkhidmatan Mudah Alih oleh kami kepada anda tidak boleh dianggap sebagai penyediaan perkhidmatan dan kemudahan perbankan di luar Malaysia.

41. Penyelesaian Pertikaian

41.1 Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau pertikaian, sila nyatakan jenis aduan atau pertikaian anda dan rujukkan perkara tersebut kepada: -
Pusat Hubungan UOB
Peti Surat 11212
50738 Kuala Lumpur
E-mel : uobcustomerservice@uob.com.my
Tel:

+ 603 – 26128 121 (Kuala Lumpur)
+ 604 – 2401 121 (Pulau Pinang)
+ 607 – 2881 121 (Johor)
+ 6082 – 287 121 (Kuching)
+ 6088 – 477 121 (Kota Kinabalu)

 
 
TAMAT